Tawaran biasiswa pendidikan Terengganu dibuka, sambung ACCA dan ijazah lanjutan dalam dan luar negara
Iklan
Yayasan Terengganu (YT) telah membuka tawaran Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang (SPC) 2022 di bawah program Pengajian Dalam Negara dan Pengajian Luar Negara.Pengajian Dalam Negara menawarkan Biasiswa SPC kepada warga Terengganu yang menyambung pelajaran di peringkat sarjana dan Doktor Falsafah (PhD).Keutamaan diberikan kepada calon yang mengambil pengkhususan perakaunan, ekonomi, undang-undang, matematik, sains, kejuruteraan, teknologi dan sains komputer.Baca jugaTawaran biasiswa PIDM dibuka, pelajar sarjana muda boleh mohon sekarangKhas untuk warga Terengganu, bantuan IPT dalam dan luar negara dibuka sekarang!Bagaimanapun, bidang-bidang lain akan turut dipertimbangkan mengikut pengumuman dari semasa ke semasa.Pusat pengajian pemohon mestilah berada di universiti awam (UA) dalam negara.Sementara itu, skim biasiswa ini turut membuka peluang kepada rakyat Terengganu yang belajar dalam negara untuk mendapatkan kelayakan perakaunan dengan menduduki peperiksaan The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA).Biasiswa SPC bagi program ACCA merangkumi yuran pengajian, penginapan, wang saku dan lain-lain termasuk ‘Professional Bodies Fees’.Tempoh pengajian bagi lepasan ijazah adalah satu hingga satu tahun setengah, manakala, dua tahun setengah sehingga tiga tahun untuk lepasan matrikulasi, diploma atau Certified Accounting Technician (CAT).Pusat pengajian ACCA bertempat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor.Peluang ini dibuka kepada semua calon yang belum memohon atau yang sedang mengikuti pengajian program ACCA di UiTM.Dalam pada itu, YT menawarkan skim biasiswa ini bagi warga Terengganu kategori Pengajian Luar Negara yang menyambung PhD.