WhatsApp Image 2022-02-21 at 2.21.19 PM
WhatsApp Image 2022-02-21 at 2.21.19 PM

Khas untuk warga Terengganu, bantuan IPT dalam dan luar negara dibuka sekarang!

Rasyidah Zulkifi
21 Feb 2022 02:26pm
A
A
A

Baru-baru ini Yayasan Pendidikan MAIDAM (YPM) telah membuka permohonan bantuan zakat bagi warga Terengganu yang ingin melanjutkan pelajaran di institut pengajian tinggi (IPT) dalam dan luar negara.

Pemohon boleh mendapatkan bantuan tersebut jika mereka rakyat negeri Terengganu atau sudah bermastautin di sana selama tiga tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran.

Baca juga

UiTM Terengganu muncul IPT pertama laksana projek solar di negeri itu

Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2022 dibuka hari ini

Bantuan YPM boleh dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang http://yp.maidam.gov.my/iptonline/ sebelum tarikh akhir pada 16 Mei 2022.

Pelajar yang layak menerima dermasiswa tersebut adalah mereka yang mendapat tawaran IPT buat kali pertama sahaja.

Mereka juga mestilah menyambung pengajian dalam bidang yang tidak berkaitan dengan industri hiburan.

Sementara itu, bantuan sebanyak RM800 akan disalurkan kepada pelajar peringkat diploma yang terpilih dalam tempoh tiga tahun sahaja.

Manakala, bantuan berjumlah RM1,000 akan diberikan kepada pelajar peringkat ijazah sarjana muda dalam tempoh empat ke enam tahun pengajian.

Bagi mereka yang ingin menyambung pengajian di peringkat sarjana dan doktor falsafah, masing-masing layak mendapat RM1,500 dan RM2,000 jika lulus permohonan.

Seterusnya, bagi penuntut IPT yang ingin menyambung pengajian di luar negara pula, mereka layak mendapat bantuan YPM jika tidak menerima mana-mana tajaan daripada badan-badan pembiaya lain.

Kadar bantuan yang diberikan pula adalah bergantung kepada penilaian pihak YPM dari semasa ke semasa.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Bantuan ini akan dipertimbangkan lagi jika pelajar mendapat surat tawaran IPT yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

Jika pelajar mempunyai sebarang pertanyaan mengenai bantuan zakat YDM boleh terus e-mel info@ypmaidam.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok