Ejaan yang betul dalam Bahasa Melayu selalunya dirujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Dari semasa ke semasa DBP akan mengemas kini perkataan yang baru untuk dibakukan ke dalam bahasa kebangsaan.
Baca juga
Nak pandai kosa kata? Jom main Sahibba
Kerancuan bahasa gugat bahasa Melayu
Bagaimanapun, masih ramai yang menggunakan ejaan pasar berbanding dengan ejaan yang sebenarnya.
Pada entri kali ini, Sinar Bestari menyenaraikan ejaan terkini berdasarkan DBP Edisi Keempat dan Dewan Bahasa Perdana.
1- Sate (betul)
Satay (salah)
2- Nasi himpit (betul)
Nasi impit (salah)
3- Kuetiau (betul)
Kuetiaw (salah)
Koay teow (salah)
4- Mi (betul)
Mie (salah)
Mee (salah)
5- Samping (betul)
Sampin (salah)
6- Biadab (betul)
Biadap (salah)
7- Mentua (betul)
Mertua (salah)
8- Pensel (betul)
Pensil (salah)
9- Maksimum (betul)
Maksima (salah)
10- Profesion (betul)
Profesyen (salah)
11- Draf (betul)
Deraf (Salah)
12- Atlet (betul)
Atlit (salah)
13- Efisien (betul)
Efisyen (salah)
14- Mihun (betul)
Bihun (salah)
15- Martabak (betul)
Murtabak (salah)
16- Landskap (betul)
Lanskap (salah)
17- Istirahat (betul)
Istirehat (salah)
18- Ejen (betul)
Agen (salah)
19- Analisis (betul)
Analisa (salah)
20- Audiens (betul)
Audien (salah)
21- Bufet (betul)
Buffet (salah)
22- Hajah (betul)
Hajjah (salah)
23- Keriting (betul)
Kerinting (salah)
24- Komersial (betul)
Komersil (salah)
25- Kontijen (betul)
Kontigen (salah)
26- Reda (betul)
Redha (salah)
27- Sunah (betul)
Sunnah (salah)
28- Spesies (betul)
Spesis (salah)
29- Catat (betul)
Catit (salah)
30- Kuorum (betul)
Korum (salah)
31- Berbahaya (betul)
Merbahaya (salah)
32- Silaturahim (betul)
Silaturrahim (salah)
33- Faksimile (betul)
Faksimili (salah)
34- Insya-Allah (betul)
InsyaAllah (salah)
35- Losen (betul)
Losyen (salah)
36- Minimum (betul)
Minima (salah)
37- Garpu (betul)
Garfu (salah)
38- Kerepek (betul)
Keripik (salah)
39- Bergedel (betul)
Bergedil (salah)
40- Kolesterol (betul)
Kolestrol (salah)
41- Gembleng (betul)
Gembeleng (salah)
42- Kubis (betul)
Kobis (salah)
43- Tauge (betul)
Taugeh (salah)
44- Ramadan (betul)
Ramadhan (salah)
45- Jamadilawal (betul)
Jamadil Awal (salah)
46- Saiyidina (betul)
Saidina (Salah)
47- Seksa (betul)
Siksa (salah)
48- Stesen (betul)
Stesyen (salah)
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok
49- Nanas (betul)
Nenas (salah)
50- Pelantikan (betul)
Perlantikan (salah)
Semoga bermanfaat!