Tiada lagi penggiliran sekolah rendah, semua dibenar hadir secara bersemuka mulai 17 dan 18 April

Iklan
Tiada lagi penggiliran sekolah rendah, semua dibenar hadir secara bersemuka mulai 17 dan 18 April
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan memutuskan bahawa semua murid sekolah rendah dibenarkan menghadiri sekolah secara bersemuka tanpa penggiliran mengikut kumpulan negeri masing-masing.Berdasarkan takwim KPM, negeri Kumpulan A yang akan belajar tanpa penggiliran mulai 17 April 2022 adalah Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.Baca jugaKehadiran pelajar ke sekolah ikut kaedah penggiliran – KPMKehadiran ke sekolah tanpa penggiliran tertakluk kepada analisis dan kajian – RadziNegeri Sembilan, Melaka, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya bagi Kumpulan B pula membenarkan kehadiran murid sekolah rendah secara bersemuka pada 18 April 2022."Ketetapan ini terpakai kepada semua murid sekolah swasta, termasuk sekolah ekspatriat dan sekolah antarabangsa yang setara dengan sekolah rendah KPM."Keputusan ini adalah dengan mengambil kira kelancaran pengoperasian sekolah rendah secara bersemuka bermula pada 21 Mac 2022 dan sekolah menengah pada 4 April 2022 serta pandangan daripada Kementerian Kesihatan (KKM)."KPM juga menyarankan agar ketetapan ini turut terpakai di semua institusi pendidikan yang tidak berdaftar dengan KPM," katanya.Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTokSebelum ini, KPM menetapkan penggiliran bagi murid Tahun 3, 4 dan 5 terutama di sekolah yang mempunyai murid melebihi 600 orang untuk menjalani sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).