Khairol Hazeeq antara pereka muda yang bakal harumkan nama negara
Iklan
Sejak berusia tujuh tahun, anak muda yang dikenali sebagai Khairol Hazeeq Khairol Nizat ini sudah didedahkan dengan permainan video.Runescape, Crash Bandicoot, Scribblenauts dan banyak lagi adalah antara permainan video yang sering dimain oleh Khairol Hazeeq bagi mengisi masa lapang.Ketika meningkat dewasa, Khairol Hazeeq masih meneruskan hobinya tanpa jemu.Walaupun ramai yang beranggapan bermain permainan video melekakan, Khairol Hazeeq yang kini berusia 22 tahun, tetap menyangkalnya.Ketika dihubungi Sinar Bestari minggu lalu, anak kelahiran Melaka ini berkata, disebabkan hobinya yang suka bermain video sejak kecil, kini dia telah berjaya membangunkan dua permainan berbentuk pendidikan dan hiburan."Dua video tersebut adalah Royal Insects dan 8-Bit Penalty, kini boleh didapati menerusi aplikasi Google Play Store secara percuma."Royal Insects merupakan game pertama yang saya paparkan di Google Play Store. Ia dicipta berdasarkan permainan popular Flappy Bird. Konsepnya bertemakan serangga kerana saya sangat tertarik dengan keunikan yang ada pada haiwan tersebut."Manakala 8-Bit Penalty pula, saya bangunkan setelah menonton kejohanan bola sepak EURO 2020 di mana kebanyakan perlawanan ditentukan dengan sepakan penalti. Oleh itu, saya cuba membuat sebuah game sepakan penalti berkonsepkan pixel art," ujar anak sulung daripada tiga adik beradik itu lagi.Baca juga8 kemahiran yang perlu ada pada pereka permainan dalam talianPeralatan dan perisian pereka permainan dalam talianKhairol Hazeeq yang bercita-cita mahu menjadi pereka permainan hebat berkata, menghasilkan dua permainan video tersebut bukanlah satu perkara yang mudah."Peringkat pertama, saya kena belajar beberapa langkah penting dalam menghasilkan sesebuah video. Ia menjadi sangat sukar kerana saya tiada pengalaman luas dalam bidang ini."Tambahan pula, saya membangunkan permainan video ini berseorangan, jadi, banyak cabaran yang perlu dilalui."Bagaimanapun, atas dasar minat yang mendalam, saya berusaha untuk menyiapkan permainan video yang diidamkan. Solusi yang dibuat adalah dengan melihat pelbagai tutorial di YouTube, kerap buat latihan dan mendapatkan pandangan rakan-rakan yang mahir dalam permainan video ini," jelasnya yang menjadikan Wan Hazmer Wan Abd Halim sebagai rujukan dalam dunia permainan video.[caption id="attachment_37884" width="600"] Khairol Hazeeq mengimpikan dapat menjadi seperti idolanya, Wan Hazmer (kanan) yang berjaya dalam bidang permainan video.[/caption]