Bantuan Prihatin CITYU khas untuk penuntut Asnaf, B40

Iklan
Bantuan Prihatin CITYU khas untuk penuntut Asnaf, B40

Iklan
Iklan

Sebagai salah sebuah perintis dalam sektor pendidikan tinggi swasta Malaysia, City University Malaysia (CITYU) tampil memainkan peranan dan tanggungjawab sebagai warga korporat prihatin dalam mengurangkan bebanan dan kesukaran golongan Asnaf dan B40 dengan menawarkan pakej bantuan khas yang diberi nama Bantuan Prihatin CITYU.

Iklan

Melalui program ini, CITYU akan memberi peluang kepada mereka yang terjejas pengajian tinggi masing-masing akibat pandemik Covid-19 untuk mendaftar dan memulakan pengajian sesi pengambilan Februari 2021 di CITYU tanpa perlu mengeluarkan sebarang yuran pendahuluan.

Iklan

Selain daripada pilihan memohon pinjaman PTPTN sehingga 100%, terdapat juga pilihan bantuan-bantuan kewangan yang lain seperti biasiswa oleh CITYU sendiri ataupun bantuan kewangan daripada pihak ketiga seperti MARA, Zakat Selangor, Penang Future Foundation, Malaysia Rubber Council dan sebagainya, mengikut kelayakan masing-masing.

"Kami percaya di saat-saat genting ini, perlaksanaan dasar dan agenda yang terkandung dalam Pelan Pendidikan Nasional yang berlandaskan lima aspirasi, Akses, Kualiti, Ekuiti, Perpaduan dan Kecekapan pastinya terkesan.

"Hanya dengan kerjasama erat antara sektor awam dan swasta akan dapat membantu menyentap balik hala tuju dasar ini ketitik capai asalnya,” kata Naib Canselor  CITYU, Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak.

Sebagai entiti pendidikan yang dimiliki sepenuhnya oleh Kumpulan SELIA, salah sebuah syarikat kejuruteraan dan pembinaan Malaysia terkemuka milik Bumiputera, CITYU sentiasa berpegang teguh kepada aspirasi Kumpulan SELIAuntuk memajukan sebuah institusi pendidikan milik Bumiputera yang menetapkan penandaaras baru dalam industri pendidikan tinggi, sejajar dengan aspirasi Dasar Pendidikan Negara.

"Oleh itu, adalah niat kami melalui tawaran Bantuan Prihatin PKP CITYU ini untuk menghulurkan bantuan yang praktikal dan bersesuaian bagi membantu pelajar-pelajar yang layak, agar masa depan generasi lepasan SPM ini tidak terjejas,” ujarnya yang juga mantan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi.

Bagi penuntut yang layak, CITYU turut menawarkan bantuan komputer riba percuma supaya mereka dapat mengikuti kelas dalam talian sebagai satu norma baru pandemik.

Tambah Dr Mohamed Mustafa, disebabkan kebanyakan program CITYU boleh dilaksanakan secara dalam talian, maka ia juga boleh dibuat secara separuh masa.

Kerjasama erat dengan industri yang sedia terjalin dengan lebih 50 rakan strategik daripada pelbagai bidang dan industri akan dimanfaatkan bagi membolehkan penuntut kami mendapat penempatan latihan industri atau bekerja sambilan.

Pendedahan ini boleh meningkatkan kebolehpasaran mereka dengan pengalaman kerja yang relevan.

Bantuan Prihatin PKP ini adalah terbuka kepada lepasan SPM dan Diploma yang layak, untuk meneruskan pelajaran mereka bermula dari sekarang sehingga penutupan pengambilan pada 21 Februari 2021.

Tentang City University

City University adalah universiti swasta di Selangor, Malaysia yang ditubuhkan pada April 1984 oleh sekumpulan cendekiawan di universiti awam dan luar negara.

Program yang ditawarkan mendapat akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia.

City University adalah salah sebuah universiti di Malaysia yang diiktiraf secara rasmi oleh Kementerian Pendidikan Republik Rakyat China.

Menurut penilaian kerajaan Malaysia SETARA universiti Malaysia pada tahun 2017, CityU dinilai sebagai 4-Bintang atau"Sangat Baik".

Artikel menarik

Ustazah Noor Baizura guna pendekatan ala"TV Show” pupuk minat pelajar ikuti PdPR

Cikgu Roslee kongsi tip mudah, bantu murid pemulihan khas pandai membaca. Ini caranya...