Indra Putra suntik semangat 67 bakat muda, bina impian dalam bola sepak

Iklan
Kumpulan bakat muda yang sedang membina langkah dalam bola sepak, dengan harapan suatu hari nanti mampu mencipta nama dan mengharumkan nama negara di pentas yang lebih besar.

Sukan bola sepak memerlukan pelapis muda bagi meneruskan legasi pemain yang telah mengharumkan nama negara di pentas tempatan dan antarabangsa.

Usaha mencungkil bakat baharu perlu dimulakan sejak usia muda supaya kanak-kanak mendapat peluang mengenali sukan ini, membina kemahiran asas dan belajar tentang disiplin serta semangat berpasukan.

Iklan
Iklan

Terbaharu, seramai 67 kanak-kanak menyertai sesi pembukaan rasmi Huslo Academy Shah Alam di Padang Seksyen U8, Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Hadir bersama ibu bapa masing-masing, mereka mengambil peluang menyertai sesi latihan yang dikendalikan oleh barisan jurulatih berpengalaman. 

Iklan

Indra Putra (kanan) meluangkan masa berinteraksi dengan pemain muda serta berkongsi kata-kata semangat kepada mereka yang sedang memulakan perjalanan dalam sukan bola sepak. 

Program berkenaan bukan sekadar memberi ruang kepada kanak-kanak bermain bola sepak, malah menjadi langkah awal dalam membentuk pemain muda yang memahami kepentingan latihan, disiplin, kerjasama dan sikap positif di dalam serta luar padang.

Iklan

Kehadiran legenda bola sepak negara, Indra Putra Mahayuddin turut menarik perhatian kanak-kanak yang menyertai sesi berkenaan.

Beliau meluangkan masa berinteraksi dengan pemain muda serta berkongsi kata-kata semangat kepada mereka yang sedang memulakan perjalanan dalam sukan bola sepak. 

Kepada pemain muda, minat sahaja belum mencukupi. Mereka perlu rajin berlatih, menjaga disiplin, mendengar tunjuk ajar jurulatih dan berani belajar daripada kesilapan.

Paling penting, mereka perlu menikmati setiap proses dan menjadikan bola sepak sebagai ruang untuk membina keyakinan diri, persahabatan serta semangat berpasukan.