Murid Tahun 6 parah muka dan dada, akui serik main mercun buatan sendiri

Iklan
Murid Tahun 6 parah muka dan dada akui serik main mercun buatan sendiri

PADANG TERAP - Murid Tahun Enam serik bermain mercun selepas parah di muka dan dada akibat disambar api meriam batang paip buatan sendiri yang meletup di halaman rumahnya di Kedah.

Iklan
Iklan

Dalam kejadian pukul 6.55 petang itu mangsa mengalami kecederaan serius ketika bermain meriam berhampiran dengan rumahnya.

Iklan

Baca juga

Iklan

(VIDEO) Menara telekomunikasi daerah terbakar, pelajar UPSI kongsi kisah perjalanan 130 km untuk dapatkan capaian internet

Kebakaran di tapak pembuangan sampah di Pulau Burung, 10 sekolah diarahkan tutup sementara

Kanak-kanak malang terbabit dikejarkan ke Hospital Kuala Nerang sebelum menerima rawatan lanjut di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar.

Sebelum kejadian berlaku, mangsa memberitahu ada memasukkan bahan bakar iaitu karbaid dan air ke dalam batang paip sepanjang satu meter.

Katanya, sejurus menyalakan meriam dengan menggunakan pemetik api ia mengeluarkan api dan meletup.

"Dalam kejadian itu menyebabkan sebahagian rambut, muka dan dada saya terbakar kerana disambar api.

"Sambil meminta pertolongan sebelum ke tandas kerana terlalu panas saya juga menjerit kesakitan.

"Selepas beberapa minit, bahagian badan yang disambar api itu juga melepuh sehingga menakutkan saya,” katanya ketika kepada pemberita di Kampung Ulu, Padang Sanai, baru-baru ini.

Ujar mangsa, ibunya yang berada di dapur bergegas keluar dan terkejut dengan kejadian tersebut ketika membuat persediaan berbuka puasa.

Anak sulung daripada dua beradik itu memberitahu menerima rawatan termasuk penglihatan selama dua hari di Hospital Kuala Nerang dan HSB kerana kecederaan yang dialami serius.

"Doktor menasihati saya agar tidak bermain di luar rumah terutamanya pada waktu panas kerana kulit yang terbakar itu akan merasa pedih,” katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Mangsa berkata, dia mengakui tidak tahu tindakannya boleh mengundang bahaya bermain meriam batang paip buatan sendiri.

"Selepas kejadian itu, saya serik dan tidak mahu bermain meriam buatan sendiri lagi selepas ini kerana bimbang tragedi itu akan berulang,” ujarnya.