272096077_293487756142737_8296998922667645334_n
272096077_293487756142737_8296998922667645334_n

Kebakaran di tapak pembuangan sampah di Pulau Burung, 10 sekolah diarahkan tutup sementara

Adlan Farhan Azwan
19 Jan 2022 11:56am
A
A
A

NIBONG TEBAL - 10 sekolah yang berada di sekitar tapak pelupusan sampah di Pulau Burung, Nibol Tebal, Pulau Pinang, diarahkan tutup selama tiga hari bermula hari ini ekoran kebakaran di kawasan itu.

Menurut Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Selatan (KPPDS), Mohamad Dziauddin Mat Saad, keputusan dibuat setelah selesai melihat perkembangan situasi kebakaran tersebut dari semasa ke semasa.

“Hasil perbincangan mendapati Indeks Kualiti Udara di kawasan sekitar sekolah yang terletak dalam radius 10 kilometer (km) berada pada tahap tiga AEGL (Acute Exposure Guidelines) yang mana kualiti udara boleh menjejaskan kesihatan dan mengancam nyawa penduduk," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Baca juga Sekolah di Amerika Syarikat ditutup selepas trend ancaman berbahaya di TikTok

Baca juga Covid-19: 99 pelajar Maktab Mahmud disahkan positif

Antara sekolah yang terkesan dengan arahan penutupan itu ialah Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) (T) Ladang Byram, SJK (C) Pai Teik, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Nibong, SJK (T) Nibong Tebal, Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Sentosa, SK Keledang Jaya, SJK (T) Ladang Changkat, SMK Methodist, SK Methodist dan SK Nibong Tebal.

Mohamad Dziauddin berkata, sekolah yang terjejas sudah diberi arahan untuk memaklumkan kepada ibu bapa, pengusaha kantin, pengusaha bas dan lain-lain mengenai keputusan penutupan yang dibuat.

"Sepanjang tempoh penutupan operasi itu, pelajar dan murid akan mengikuti kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dan pihak sekolah turut diminta menyediakan petugas pada hari ini (Rabu) bagi menguruskan murid sekiranya mereka hadir disebabkan tidak menerima maklumat penutupan ini," ujarnya.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/ 

Beliau juga berkata, warga sekolah diminta untuk memakai pelitup muka, mengurangkan aktiviti luar dan sekiranya tidak sihat, segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berdekatan sepanjang tempoh itu penutupan.

“Pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) akan mengumumkan sebarang keputusan lanjut membabitkan 10 sekolah ini selewat-lewatnya pada Sabtu ini tentang status pengoperasian semula sekolah berdasarkan keputusan dan nasihat daripada Jawatankuasa Bencana Daerah Seberang Perai Selatan (SPS)," jelas beliau.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok