Siti Nurhaliza duta Binary University & Colleges
Iklan
Binary University & Colleges antara jenama tertua dalam sektor pendidikan tinggi swasta negara.Kewujudannya sudah menjangkau 38 tahun dan dalam masa dua tahun lagi, jenama ini akan meraikan ulang tahunnya yang ke-40 tahun.Dalam tempoh tersebut, universiti swasta berkenaan telah menganjurkan pelbagai program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dalam membantu mereka yang memerlukan.Pengasas yang juga Pengerusi Eksekutif Binary University, Tan Sri Datuk Professor Joseph Adaikalam berkata, Program Biasiswa Binary-Pelajar Bumiputera merupakan program CSR pertama yang diadakan oleh Binary pada 1989."Biasiswa berkenaan telah bermula pada 1989 hingga 2009 dan berjaya mentransformasikan masa depan lebih 20,000 pelajar Bumiputera, luar bandar dan desa."Dengan pemberian biasiswa ini, sekurang-kurangnya dapat membantu pelajar meneruskan pengajian dalam program Diploma Khas aliran Bahasa Malaysia di sini," katanya ketika ditemui pada Majlis Memorandum Persefahaman (MoU) Binary University dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza di Selangor, baru-baru ini.Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa; Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohammad Radhi; Naib Canselor Binary University, Profesor Dr Sulochana Nair; Timbalan Naib Canselor Binary University, Puan Sri Datin Profesor Dr Rohini Devi; Ahli Lembaga Pengurusan Universiti, Datuk Ikmal dan Pengarah Kanan Kolaborasi Antarabangsa Binary University, Gilbert Alvin.Dalam pada itu, Binary University menggunakan Model Pembelajaran yang unik iaitu berunsurkan tiga ekosistem penting.Model Ecosystem Based Education yang digunakan oleh Binary berjaya menghasilkan graduan yang peka kepada keperluan industri iaitu Graduan Industri - Spesifik Professional (ISP) dan dalam masa sama, Binary juga berjaya melahirkan ramai usahawan muda bagi pasaran tempatan dan luar negara.Baca jugaBangga menjadi generasi ketiga, Marsyar Maisyurah tidak kekok teruskan legasi keluargaEleena, arkitek terbaik Malaysia