Pertandingan hias panjut pelita meriahkan Ramadan, Syawal warga UiTM Melaka
Iklan
ALOR GAJAH - Kira-kira 640 pelita digunakan bagi menghiasi 16 panjut buluh berkonsepkan rumah Melayu lama pada pertandingan dekorasi sempena program Malam Pelita Tujuh Likur anjuran Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka.Ketua projek yang juga pensyarah Seni Reka Perindustrian, Ahmad Faiz Anuar berkata, program itu bagi memeriahkan suasana dan meraikan budaya serta tradisi masyarakat Melayu turun temurun menjelang Hari Raya Aidilfitri."Sejak sekian lama aktiviti memasang panjut ini diadakan setiap tahun di KPSK yang dahulunya dikenali sebagai Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR). Namun selepas dua tahun pandemik Covid-19 melanda, ia diadakan semula selain memberi peluang kepada para pelajar yang pertama kali hadir ke sesi pembelajaran secara bersemuka untuk merasai pengalaman seumpama ini.Baca jugaMajlis Jalinan Ukhwah Ramadan Alumni tingkatkan jalinan sinergi UiTM bersama alumniCakna dengan komuniti setempat, PTPTN dan Politeknik Port Dickson anjur Program Imarah Ramadan 2022"Program ini diharap dapat menguji kreativiti dan inovasi pelajar dengan mempamerkan pelbagai reka bentuk panjut menggunakan buluh yang dihiasi dengan pelita di samping mengeratkan silaturahim dan membentuk kesepaduan, berganding bahu menyiapkan hiasan itu," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.Menurut Ahmad Faiz, pertandingan hiasan berkonsepkan rumah Melayu lama itu bagi membangkitkan nostalgia dengan disertai pelajar daripada Jabatan Seni Halus, Jabatan Fotografi dan Pengimejan Kreatif, Jabatan Seni Reka Perindustrian serta Jabatan Seni Reka Grafik dan Media Digital.Seorang pelajar, Muhammad Haikal Ikhtiaruddin Mohd Mazlishama,19, yang berasal dari Johor berkata, aktiviti seumpama itu merupakan satu pengalaman baharu dan menyeronokkan di samping mempelajari cara pemasangan panjut buluh.