WhatsApp Image 2022-04-26 at 3.36.45 PM
WhatsApp Image 2022-04-26 at 3.36.45 PM

Cakna dengan komuniti setempat, PTPTN dan Politeknik Port Dickson anjur Program Imarah Ramadan 2022

Adlan Farhan Azwan
27 Apr 2022 08:41am
A
A
A

PORT DICKSON – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan kerjasama Politeknik Port Dickson menganjurkan Program Imarah Ramadan PTPTN (IMRAN) dengan mengagihkan sebanyak 3,000 bekas bubur lambuk kepada para pelajar dan kakitangan Politeknik Port Dickson, komuniti setempat dan pasukan barisan hadapan daerah Port Dickson, baru-baru ini.

Antara komuniti setempat yang terlibat adalah Balai Bomba Teluk Kemang, Balai Polis Teluk Kemang, Hospital Port Dickson dan Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) Port Dickson.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh PTPTN, pengagihan itu dibuat bagi menunaikan tanggungjawab sosial korporat (CSR) sempena bulan Ramadan sekali gus menghulurkan bantuan kepada pelajar dan komuniti setempat.

Baca juga

SK Pasukan Polis Hutan sedia aktiviti menarik sempena Ramadan

Majlis Jalinan Ukhwah Ramadan Alumni tingkatkan jalinan sinergi UiTM bersama alumni

“Program ini dijayakan dengan penuh rasa tanggungjawab untuk berkongsi rezeki dan membantu para pelajar terutama dalam suasana peralihan ke fasa endemik Covid-19,” katanya.

Pengagihan bubur lambuk dibuat di pagar utama Politeknik Port Dickson.

Program yang dijalankan secara gotong - royong itu melibatkan kakitangan PTPTN Negeri Sembilan, Majlis Perwakilan Pelajar dan kakitangan Politeknik Port Dickson adalah sebahagian daripada usaha menyemarakkan penghayatan bulan Ramadan dengan konsep saling membantu dan bekerjasama.

Selain itu, program ini juga diadakan untuk mengeratkan lagi hubungan dan ikatan ukhuwah silaturahim di antara PTPTN dengan pengurusan IPT, pemimpin pelajar, siswa-siswi dan masyarakat setempat.

Penyerahan cenderahati pihak Politeknik yang diwakili oleh Pengarahnya, Mohamad Isa Azhari.

Dalam pada itu, PTPTN turut berharap agar program ini dapat meningkatkan imej positif pihaknya dalam kalangan masyarakat.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

“Usaha ini selaras dengan peranan PTPTN sebagai tabung pendidikan utama negara serta salah sebuah agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang sentiasa cakna dengan keperluan pelajar IPT,” ujarnya.

Program yang julung kali diadakan ini disempurnakan dengan Majlis Penyerahan Sumbangan PTPTN Prihatin kepada 50 keluarga asnaf dalam kalangan penduduk setempat yang terkesan akibat bencana banjir yang melanda seluruh negara pada awal tahun ini.

Sumbangan tertangguh ini meliputi bantuan berbentuk keperluan harian seperti beras, minyak masak dan banyak lagi.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok