(VIDEO) Murid mewarna sampul surat sendiri, idea kreatif guru curi tumpuan warganet

Iklan
WhatsApp Image 2022-04-29 at 3.40.38 PM
Tidak lama lagi masyarakat yang beragama Islam akan menyambut sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan penuh kemeriahan setelah terpaksa menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat daripada pandemik Covid-19 sejak dua tahun lalu.Bagi kanak-kanak, Hari Raya Aidilfitri merupakan detik yang amat indah kerana kebiasaannya mereka akan menerima duit raya daripada golongan dewasa.Lain pula ceritanya di laman Twitter apabila seorang guru mengambil pendekatan yang kreatif untuk memberikan anak muridnya duit raya.[embed] ?s=20&t=32Th1YWT9uX4l2p3P45IVw[/embed]Baca jugaTak perlu beli bantal, murid boleh DIY dengan baju T terpakaiTeknik, cara main lontar peluru, pelajar wajib tahuPemilik video yang juga merupakan seorang guru di sekolah itu berkata, dia tidak mempunyai sampul duit raya untuk diberikan kepada anak-anak muridnya itu."Saya ada duit raya tetapi tidak mempunyai sampul untuk beri kepada anak murid saya."Jadi, penyelesaian alternatif adalah dengan menyuruh mereka mewarna sampul duit raya tersebut mengikut plilihan warna serta kreativiti masing-masing," katanya menerusi ciapan di laman Twitter.Dalam video tersebut juga, kedengaran lagu raya yang dipasang oleh guru tersebut untuk menaikkan semangat Hari Raya.Setakat ini, perkongsian oleh guru itu telah mendapat perhatian pengguna laman Twitter dengan lebih 5,000 tweet semula dan hampir 17,000 tanda suka.Kebanyakan daripada yang menyaksikan perkongsian yang menggembirakan itu turut memberi pandangan serta perkongsian masing-masing.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

@_zmrzk: Saya rasa bahagian mewarna lebih seronok berbanding duit raya itu.@umaimahwmb: Semangat mereka mewarna. Saya pula, selitkan dengan duit raya yang diberikan oleh pihak sekolah. Mesti kawan pelik mengapa mereka dapat lebih.@Tobeorn04898361: Bijak!. Murid-murid mewarna sampul raya dengan begitu cantik. Hebat pemikiran cikgu.