hiaskan dengan aksesori tambahan
hiaskan dengan aksesori tambahan

Tak perlu beli bantal, murid boleh DIY dengan baju T terpakai

Rasyidah Zulkifi
17 Apr 2022 12:04pm
A
A
A

Murid-murid dapat menghasilkan sebuah bantal mini tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar.

Bantal ini boleh dihasilkan sendiri melalui kaedah Do It Yourself (DIY) yang pastinya menjimatkan.

Baca juga

SMK Iskandar Shah menang pertandingan DIY Made Simple 2021

Lebih 12,000 pelajar dapat manfaat daripada inisiatif #DIY4UM

Barang-barang yang diperlukan cuma pita pengukur, pembaris lurus, kapur penjahit, gunting, ‘loose fibre’, baju T terpakai, jarum, benang dan reben.

Jadi pada entri kali ini, Sinar Bestari menyediakan tutorial DIY membuat bantal kecil menggunakan baju T terpakai.

Mula-mula ambil ukuran baju T terpakai 15 inci kali 15 inci dengan membuat garisan menggunakan pita pengukur, kapur dan pembaris lurus.

Kemudian, potong kain mengikut ukuran yang telah ditanda menggunakan bilah gunting tajam dengan cermat.

Pada empat bahagian, potong keliling baju T tersebut dua inci dengan jarak setengah inci.

Bagi setiap bucu kain pula digunting secara serong menggunakan ukuran yang sama seperti di atas.

Bahagian keliling baju yang digunting itu kemudian diikat simpul atas dan bawah dan tinggalkan sedikit ruang sebesar tapak tangan.

Ruang tersebut bertujuan memuatkan tangan untuk masuk ‘loose fibre’ ke dalam bantal yang diperbuat dari baju terpakai itu.

Siap ikatan tersebut, boleh masukkan ‘loose fibre’ sehingga bantal kecil tersebut mampat dan pejal.

Tutupkan sebahagian ruang yang masih terbuka tadi dengan ikatan simpul yang terakhir.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Akhir sekali, hiaskan bantal tersebut dengan reben sebagai aksesori tambahan dengan sedikit jahitan. Bantal kecil siap!

Sinar Bestari berharap panduan ini boleh dijadikan bahan rujukan buat murid-murid yang sukakan hobi DIY.

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok