atlet tegap main lontar peluru Teknik, cara main lontar peluru, pelajar wajib tahu
atlet tegap main lontar peluru Teknik, cara main lontar peluru, pelajar wajib tahu

Teknik, cara main lontar peluru, pelajar wajib tahu

Rasyidah Zulkifi
31 Mar 2022 06:07pm
A
A
A

Sukan lontar peluru adalah acara padang yang tidak asing lagi diadakan di sekolah-sekolah.

Acara ini memerlukan penyertaan atlet berbadan tegap yang mempunyai kecekapan tinggi bagi meraih mata dalam kejohanan olahraga tersebut.

Permainan lontar peluru juga memerlukan kemahiran khusus termasuk asas pegangan bola besi dan persediaan yang betul.

Pada entri kali ini, Sinar Bestari ingin berkongsi gaya dan cara permainan lontar peluru dijalankan di padang.

Gaya melontar peluru

Terdapat empat gaya melontar peluru dalam acara olahraga padang ini termasuk gaya pemindahan, gaya membelakangi kawasan lontaran, gaya lontaran sisi dan gaya berdiri.

Gaya pemindahan merupakan teknik yang digunakan oleh atlet lontar peluru yang mempunyai kemahiran tinggi dan berpengalaman.

Membelakangi kawasan lontaran pula adalah stail melontar yang memberi satu kelebihan kepada pelontar yang menguasainya namun namun tidak digalakkan.

Bagi lontaran sisi pelontar perlu berdiri dengan kedudukan kaki selangkah ke belakang dari garisan tengah bulatan lontaran.

Manakala, gaya berdiri adalah latihan lontar peluru untuk mendapatkan pergerakan tangan dan bahu yang betul.

Cara melontar peluru

Pelontar meletak peluru pada tapak tangan, menolak dan menghayunkan lengan yang akan melakukan lontaran ke hadapan dan ke atas pada fasa persediaan.

Setelah mendapatkan kedudukan yang baik dalam bulatan lontaran, pastikan badan pelontar berdiri tegak dengan keadaan kaki terbuka dan lutut dibengkokkan.

Kemudian, berat badan dipindahkan ke kaki kanan, sementara, kaki kiri berada dalam keadaan ringan memijak di atas tanah.

Lontar peluru meliputi empat fasa termasuk persediaan, gelongsoran, lontaran dan pemulihan.

Pelontar boleh megimbangkan berat peluru dengan cara memindahkannya dari satu tangan ke tangan yang lain beberapa kali.

Lebarkan keterbukaan kaki ketika berdiri dan bongkokkan badan ke belakang, manakala, lengan kiri dibengkokkan dengan siku berada pada aras tinggi pada fasa gelongsoran.

Sebelum membuat lontaran, pastikan peluru bola besi dipegang bukan pada tapak tangan tapi tiga jari tengah, sementara, ibu jari dan jari kelingking bertindak sebagai penyokong.

Kini atlet berada pada fasa lontaran di mana kedudukan peluru sudah sedia untuk dilontarkan, cuma kilaskan badan ke hadapan untuk menolak peluru dengan kuat.

Selesai melontar peluru, dapatkan keseimbangan badan melalui fasa pemulihan untuk mencegah ‘faul’ di mana kaki depan bergerak ke belakang sebelum kaki belakang sampai ke papan penahan.

Sinar Bestari berharap perkongsian ini membantu pelontar mengasah bakat sukan lontar peluru dengan lebih baik lagi.

Artikel berkaitan 

Pegang rekod pingat emas terbanyak di Sukan SEA, Nurul Huda mahu atlet muda pecahkan rekod yang dicipta

Nurin Nabihah impi bergelar atlet negara

5 tip menghasilkan inovasi untuk pertandingan! Guru Inovatif Negeri Sembilan 2013 kongsi caranya


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok