Perhatian kepada pelajar lepasan SPM 2021, ini 8 biasiswa yang anda boleh pohon

Iklan
Biasiswa pelajar SPM 2021
Setelah pelajar mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021, ramai di antara mereka akan mula melihat kepada permohonan biasiswa untuk melanjutkan pengajian di peringkat institusi pengajian tinggi (IPT).Lebih-lebih lagi bagi pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang, tetapi tidak mempunyai kemampuan dari segi kewangan untuk menampung kos sepanjang tempoh pengajian.Penajaan biasiswa sememangnya telah membantu ramai pelajar daripada golongan berpendapatan rendah untuk menyambung pengajian ke peringkat tinggi.Sehubungan itu, Sinar Bestari ingin kongsikan dengan pelajar di luar sana 10 biasiswa yang boleh dimohon oleh lepasan SPM.1. Program Khas JPA Mara 2022Program Khas Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Mara (PKJM) 2022 ini terbuka untuk pelajar cemerlang bumiputera lepada SPM 2021. Program ini merupakan penajaan untuk pelajar mengikuti pengajian peringkat persediaan dan ijazah pertama di dalam dan luar negara dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi (S&T), sains sosial serta perubatan.Permohonan dibuka sehingga 26 Jun. Pelajar yang berminat boleh klik di sini.2. Program Penajaan Pendidikan PetronasProgram Penajaan Pendidikan Petronas (PESP) terbuka kepada semua lepasan SPM 2021 dengan kemampuan akademik yang tinggi serta mempunyai pemikiran tangkas dan inovatif. Penajaan diberikan untuk pelajar melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang, termasuk kejuruteraan kimia, geosains, perakaunan dan undang-undang.Permohonan dibuka sehingga 22 Jun. Pelajar yang berminat boleh klik di sini3. Biasiswa Kijang BNMBiasiswa Kijang Bank Negara Malaysia (BNM) terbuka kepada lepasan SPM yang memperolehi minimum 8A dengan beberapa kriteria tambahan. Penerima biasiswa akan diberikan penajaan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang ekonomi, perakaunan, kewangan, sains aktuari, matematik, statistik, sains data, undang-undang dan sains komputer.Permohonan dibuka sehingga 26 Jun ini. Pelajar yang berminat boleh klik di sini.4. Biasiswa Watan KhazanahBiasiswa Watan Khazanah Nasional Berhad ditawarkan kepada lepasan SPM atau International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) yang berjaya sekurang-kurangnya 8A dan mendapat A atau A+ dalam subjek teras, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Matematik.Permohonan dibuka hingga 30 Jun. Pelajar yang berminat boleh klik di sini.5. Biasiswa Global KhazanahBiasiswa Global Khazanah Nasional Berhad ditawarkan kepada lepasan SPM atau IGCSE yang berjaya memperoleh sekurang-kurangnya 8A dan mendapat A atau A+ dalam subjek teras, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Matematik. Calon yang berjaya akan menjalani program A-Level di Kolej Yayasan UEM (KYUEM) sebagai persediaan melanjutkan pelajaran peringkat ijazah di universiti terkemuka dunia.Permohonan dibuka sehingga 30 Jun. Pelajar yang berminat boleh klik di sini.6. Biasiswa Yayasan UEMBiasiswa Yayasan UEM terbuka kepada lepasan SPM yang fasih dalam bahasa Inggeris dan memperoleh minimum 7A. Biasiswa ini menawarkan program prauniversiti di KYUEM sebelum melanjutkan pengajian ijazah di universiti terkemuka dunia dalam bidang perniagaan, kejuruteraan, teknologi maklumat dan subjek berkaitan komputer serta sains aktuari.Permohonan dibuka sehingga 26 Jun ini. Pelajar yang berminat boleh klik di sini.7. Biasiswa ShellBiasiswa Shell menawarkan tajaan melanjutkan pelajaran ke peringkat A-Level dan ijazah dalam bidang kejuruteraan (mekanikal, awam, kimia, petroleum, elektrik dan elektronik dan alam sekitar), sains (geologi, geosains, geomatik, geofizik dan data) serta komersial (perniagaan dan pengurusan, pemasaran digital).Permohonan dibuka sehingga 30 Jun. Pelajar yang berminat boleh klik di sini.8. Anugerah Biasiswa Global PNBAnugerah Biasiswa Global Permodalan Nasional Berhad (PNB) 2022 dibuka untuk semua lepasan SPM 2021. Pemohon yang berjaya berpeluang menjalani pengajian persediaan di kolej tempatan yang ditetapkan PNB sebelum melanjutkan pengajian peringkat ijazah di universiti luar negara.Permohonan dibuka sehingga 24 Jun. Pelajar yang berminat boleh klik di sini.