Ini 13 senarai IPTA/S yang tawar pengajian doktor pergigian
Iklan
Jika diimbau zaman persekolahan terutama ketika di sekolah rendah, apabila diajukan soalan mengenai cita-cita, pasti ramai murid akan memberikan jawapan untuk menjadi seorang doktor tidak kira doktor perubatan mahupun pergigian antara kerjaya yang cukup popular dalam kalangan anak-anak.Untuk itu, bagi mereka yang berminat untuk menjadi doktor, masing-masing perlu cemerlang peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), seterusnya, memperoleh semua A di peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau matrikulasi dan juga asasi Sains bagi universiti awam.Kursus-kursus ini merupakan persiapan asas sebelum menyambung pengajian khas dalam bidang pergigian.Selepas tamat kursus, pelajar boleh menyambung pengkhususan tersebut di institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Majlis Pergigian Malaysia (MPM).MPM merupakan badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Pergigian 1971 menerusi Kementerian Kesihatan (KKM) dan fungsinya adalah untuk memberi sijil perakuan kepada pengamal perubatan pergigian yang bertauliah.Sehubungan itu, kali ini Sinar Bestari senaraikan 13 buah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang menawarkan kursus pengajian dalam bidang pergigian.*IPTA
- Universiti Malaya (UM)