pexels-omar-elsharawy-5609738
pexels-omar-elsharawy-5609738

Siswazah Malaysia kongsi 13 tip peperiksaan di Universiti Al-Azhar, Mesir

Rasyidah Zulkifi
11 Jun 2022 05:02pm
A
A
A

Tiada siapapun yang akan menolak rezeki jika terpilih menjadi salah seorang pelajar Malaysia yang diberi kesempatan untuk menyambung pengajian di universiti terkemuka Al-Azhar, Mesir.

Rata-rata calon yang layak ke sana terdiri daripada mereka yang mempunyai pencapaian cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.

Perkara paling penting sekali adalah mereka mempunyai kemahiran berbahasa Arab yang tinggi kerana pengajian di sana kurang menggunakan tulisan rumi.

Ini termasuk peperiksaan juga dijalankan sepenuhnya mengikut standard dan penggredan negara Arab Mesir.

Sehubungan dengan itu, Sinar Bestari menyenaraikan 13 tip menjawab peperiksaan di Universiti Al-Azhar, Mesir seperti yang dikongsikan siswazahnya di Facebook dengan nama pengguna, Tinko Noures.

****

Disebabkan jadual peperiksaan baru keluar, jadi terasa ingin berkongsi cara saya melepasi empat tahun peperiksaan di Al-Azhar dengan keputusan Jayyid Jiddan dan dikurniakan anugerah terunggul al-Imam al-Akbar pada 2017.

  1. Sediakan dua pen berwarna, satu pensil dan pembaris.
  2. Sebaik sahaja menerima kertas peperiksaan, terus buat garisan tepi sebelah bahagian sahaja di setiap muka kertas jawapan. 
  3. Tulis pendahuluan serta selawat pendek iaitu dua baris di bahagian atas kertas pertama. 
  4. Sebaik sahaja kertas soalan diterima, baca dengan teliti dan pilih soalan yang paling pasti boleh dijawab dengan jawapan berisi. Ia membantu memberi markah banyak berbanding jawapan pendek.
  5. Palangkan setiap kehendak soalan untuk diasingkan agar tiada persoalan yang tidak terjawab.
  6. Rangka jawapan bagi setiap soalan secara ringkas sahaja di belakang kertas jawapan, bukannya di atas kertas soalan. Tip ini membantu untuk menganggarkan berapa lama masa yang diperlukan bagi tiap-tiap soalan diberikan. 
  7. Elak buat karangan tanpa perenggan dan kalau boleh, setiap dalil berada di perenggan baru meskipun pendek serta buat dalam bentuk senarai sekiranya boleh. 
  8. Gariskan isi penting yang paling signifikan dengan pensil dalam menjawab soalan tersebut supaya pemeriksa tidak terlepas pandang. 
  9. Keluar dari silibus! Ya, ini konsep ‘tahdhir zaaty’ iaitu memasukkan pengetahuan kita tentang soalan, yang kita pelajari di luar ruang silibus. Contohnya, tambah dua atau tiga perenggan lagi hujah.
  10. Tulis dalil meskipun gagal mengingati ayat al-Quran atau hadis dengan tepat. 
  11. Keluar dewan mengikut waktu yang ditetapkan pengawas peperiksaan. Boleh semak ejaan dan isi penting yang tertinggal sekurang-kurangnya tiga kali.
  12. Tutup kertas soalan dengan dua baris berisi penutup, ucapan terima kasih dan doa serta selawat juga. 
  13. Keluar daripada skema jawapan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)! Meskipun soalan minta senaraikan, itu bermaksud sertakan hujah sekali. Lihat kepada markah, kalau sedikit bermakna cukup satu atau dua perenggan sahaja.

Semoga 13 tip ini memberi manfaat kepada mahasiswa yang sedang menyambung pengajian di Mesir!

Artikel berkaitan

Mahasiswa Universiti Islam Madinah, Arab Saudi kongsi 6 tip sambung belajar di luar negara 

Jangan terburu-buru buat keputusan belajar di luar negara, fikirkan 4 perkara ini dulu

Ingin jadi pelajar cemerlang, ini tip yang perlu diketahui

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan