Mahasiswa UNITEN berkongsi ilmu bersama 50 anak yatim Pahang

Iklan
WhatsApp Image 2022-07-15 at 6.28.53 PM

Golongan mahasiswa yang menyantuni anak yatim bukan sahaja akan membuatkan mereka bahagia tetapi juga dapat memberi ilmu pengetahuan kepada anak-anak ini. Bukan sekadar berbual kosong namun ada aktiviti berfaedah yang diadakan.

Iklan
Iklan

Ini yang dilakukan oleh Kolej Pengurusan Bisnes dan Perakaunan (COBA), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Kampus Sultan Haji Ahmad Shah, yang telah menganjurkan dua siri program Jelajah Jalinan Mesra (JJM).

Iklan

JJM : Siri 1 telah diadakan di Surau Taman Perdana, Muadzam Shah dan JJM: Siri 2 di adakan di Rumah Penyayang Tun Abdul Razak, Pekan. Program JJM ini mendapat sambutan yang amat baik dari 50 penyertaan anak yatim dalam lingkungan umur 9 hingga 17 tahun di sekitar Muadzam Shah dan Pekan.

Iklan

[caption id="attachment_42249" width="600"] Pelajar UNITEN bersama anak-anak yang menyertai Jelajah Jalinan Mesra.[/caption]

Menurut Pengarah program, Nurhakimi Haque Nurul Haque, 20, perancangan dilakukan secara teliti bersama penasihat dan fasilitator supaya aktiviti dijalankan memberi manfaat sepenuhnya kepada peserta.

"Alhamdulillah, program JJM ini mendapat maklum balas amat baik daripada peserta iaitu mereka mendapat tip untuk belajar, mengawal emosi, menambah baik semangat berpasukan dan lebih berani dalam pembentangan,” katanya.

Sementara itu, penasihat program, Nurul Nadiah Ahmad turut melahirkan rasa gembira kerana dapat bersama-sama pelajar dan anak yatim dalam program ini.

"Program JJM ini amat bermanfaat dalam mengeratkan jalinan mesra antara mahasiswa Uniten dan masyarakat. Dalam masa yang sama, kita mendidik mahasiswa Uniten supaya sentiasa memberi manfaat dan membuat kebajikan kepada masyarakat,” tambahnya.

[caption id="attachment_42247" width="600"] Antara aktiviti yang diadakan bersama anak-anak yatim.[/caption]

Pelbagai aktiviti berkumpulan telah dianjurkan sepanjang program JJM seperti Creative Pen, The Ultimate Tic Tac Toe, Level Up your Mascot, Hang Man dan Assemble the Knot.

Program JJM ini mendapat sokongan penuh daripada Yayasan Canselor UNITEN (YCU), Azlin Ahmad Academy, Armizi & Co. dan KRT Taman Redan Perdana. Seramai 20 mahasiswa UNITEN dan pensyarah terlibat dalam menjayakan program ini.

Artikel berkaitan

Program Kesukarelawan Pendidikan rai anak yatim, didik mahasiswa anjur program komuniti

3 murid terharu guru datang ke rumah beri sumbangan, hanya doa mampu diberikan untukmu cikgu

Hassan Said dilantik Pengerusi Ahli Lembaga Pengelola UNITEN baharu


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok