3 murid terharu guru datang ke rumah beri sumbangan, hanya doa mampu diberikan untukmu cikgu
3 murid terharu guru datang ke rumah beri sumbangan, hanya doa mampu diberikan untukmu cikgu

3 murid terharu guru datang ke rumah beri sumbangan, hanya doa mampu diberikan untukmu cikgu

Roshlawaty Md Raieh
13 May 2022 03:30pm
A
A
A

Tiga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sagil Kampong, Tangkak, Johor melahirkan rasa terharu, gembira dan syukur apabila nama mereka dipilih sebagai penerima sumbangan.

Murid berkenaan Muhammad Faris Irfan Mohd Shahril, Rabiatul Adawiyah Abdullah dan Muhammad Izzad Izzuddi Abd Muttalib, masing-masing murid Tahun Satu, Tiga dan Empat telah menerima barangan dapur dan wang tunai sebanyak RM400 (bagi setiap keluarga murid) ketika sesi kunjungan pihak sekolah ke rumah mereka, baru-baru ini.

Guru Besar, Muhammad Hafifi Radzuwan berkata, pemilihan tiga murid itu dibuat berdasarkan maklumat yang terdapat pada sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) dan hasil tinjauan serta siasatan daripada guru kelas.

“Pihak sekolah akan terus memantau murid-murid yang dilihat benar-benar memerlukan bantuan dan kami akan menghulurkan pertolongan dengan sebaik yang mungkin,” katanya ketika dihubungi Sinar Bestari.

Baca juga

Trend sambung belajar ke Barat perlu ditukar – AQAN 

Tak sangka ada sawah padi dalam kawasan sekolah. Memang hebatlah SK Batu Laut

Terdahulu, sumbangan kepada murid terpilih yang tinggal sekitar Kampung Sagil tersebut merupakan salah satu program tahunan anjuran Unit Hal Ehwal Murid (HEM) SK Sagil Kampong.

Program yang dikenali sebagai Ziarah Prihatin itu dijalankan pada akhir Ramadan setiap tahun yang dikendalikan oleh beberapa orang guru serta wakil Persatuan Ibu Bapa Guru untuk sesi pengagihan kepada penerima sumbangan.

Objektifnya adalah untuk menjalin hubungan mesra antara sekolah dan murid, memahami persekitaran mereka terutamanya yang berada di dalam kesusahan dan memupuk semangat cintakan sekolah dalam kalangan murid dan ibu bapa.

Menerusi Ziarah Prihatin ini, besar harapan pihak sekolah agar ia dapat diteruskan demi memupuk budaya prihatin dan mengekalkan hubungan baik antara sekolah dan komuniti.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok