Konsep JERI, kunci utama kejayaan SMK Hang Kasturi

Iklan
taman-nanas-smk-hang-kasturi
Konsep JERI (Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek) yang terdapat pada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan pendekatan utama yang diterapkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hang Kasturi, Masjid Tanah, Melaka dalam melakar kejayaan akademik dan kokurikulum.Sekolah ini telah mengadakan pelbagai aktiviti yang dapat membantu perkembangan jasmani antaranya sukan tahunan, merentas desa, kelab bakeri dan penanaman kebun nanas.[caption id="attachment_42860" width="420"] Pelajar melakukan tugas masing-masing bagi aktiviti penanaman nanas.[/caption]Pihak sekolah turut mengambil inisiatif melaksanakan program dan aktiviti yang memberi impak positif terhadap perkembangan emosi seperti Program Bicara Bonda, Ziarah Kasih Alim Putra, Penyampaian Sumbangan Kasturi Prihatin.Selain itu, sekolah ini juga memberi penekanan terhadap perkembangan rohani dengan mengadakan program-program Kem Bestari Solat untuk pelajar Tingkatan Satu, Majlis Tilawah al-Quran dan Ceramah Ihya’ Ramadan.[caption id="attachment_42859" width="600"] Beberapa pelajar yang menyertai majlis tilawah al-Quran.[/caption]Dalam usaha memastikan pelajar mempunyai kemahiran intelek, guru telah diberi peluang menghadiri pelbagai program antaranya Bengkel Google Workspace dan Bengkel Asas Pelantar Pembelajaran DELIMa Tahun 2022.Penyertaan SMK Hang Kasturi dalam Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari (ASSSB) dilihat turut memenuhi sebahagian daripada syarat yang telah ditetapkan penganjur apabila ia dibarisi dua guru cemerlang iaitu Cikgu Mohd Khairulfaidz Shamsudin dan Cikgu Shaib Aliwi Veera Shaib.Kemahiran dan kepakaran Cikgu Shaib Aliwi dalam bidang inovasi telah berjaya melayakkan beliau untuk menyandang jawatan sebagai Pengarah Program Rekacipta Inovasi tahun 2021 dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Induk Inovasi Negeri Melaka.Sementara itu, Cikgu Mohd Khairulfaidz juga cemerlang dalam bidang yang sama apabila dinobatkan Microsoft Innovative Educator Expert (MIEE) dan Microsoft Innovative Educator (MIE) pada tahun 2021.Artikel berkaitanInovasi LKiZy, hasil cetusan idea guru SM Teknik Tuanku Jaafar bantu memudahkan pelajar  Lukisan KejuruteraanKelab Junior AFS Antarabudaya Malaysia antara faktor SK Seksyen 13, Shah Alam sertai ASSSBUnit beruniform tunjang kejayaan SMK Taman Maluri dalam bidang kokurikulum

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok