maluri3
maluri3

Unit beruniform tunjang kejayaan SMK Taman Maluri dalam bidang kokurikulum

Nor Azma  Muhamat Laila
25 Jul 2022 10:31am
A
A
A

Kecemerlangan pelajar dalam pasukan unit beruniform dan kebudayaan menjadi penyumbang kepada kecemerlangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Maluri, Kuala Lumpur khususnya dalam bidang kokurikulum.

Pelajar SMK Taman Maluri, Afreena Fansuri Ahmad Faudzi menjadi kebanggaan sekolah apabila dipilih sebagai penerima Anugerah Pandu Raja 2022 dan mengambil bahagian dalam Korea Girls Scouts e-Camp.

Dia juga berpeluang membabitkan diri di peringkat kebangsaan apabila diberi peluang mereka logo Facebook Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) bagi membida untuk menjadi tuan rumah 38th The World Association of Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS) World Conference 2023.

Selain itu, Afreena Fansuri turut menyertai World Thinking Day 2021, Bengkel Selalu Sedia Peringkat Kebangsaan 2022 dan mereka logo serta t-shirt Pasukan Kelip2 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Seorang lagi pelajar, Nik Batrishia Dianah Nik Rizal Shah turut cemerlang apabila menerima Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara (Rambu Pengakap Muda) dan dinobatkan sebagai Juara Pertandingan Lukisan Terbuka sempena Founder's Day 2021 anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Titiwangsa.

Aishwaryaa Lakshmi Errisson Muniswaran pula mengharumkan nama sekolah apabila terpilih menyertai korea International e-Camp 2021 dan sambutan Hari Peringatan Sedunia Peringkat Kebangsaan 2022.

Dia juga aktif dalam bidang tarian apabila mengambil bahagian dalam Odissi Dance Competition (Dancer with Sutra Foundation) selain menyertai Sustainable Development Goal Quiz Competition Peringkat Kebangsaan 2022.

SMK Taman Maluri yang menyertai Anugerah Sekolah S.M.A.R.T (ASSSB) di bawah kategori Sekolah Menengah - Bandar juga mempunyai tenaga pengajar yang tidak kurang hebatnya apabila dua orang gurunya membantu sekolah mencipta pelbagai kejayaan.

Antara kejayaan yang berjaya dicapai oleh guru-guru di SMK Taman Maluri ialah

Cikgu Haiza Hanim Abd Aziz

- Kolokium Prospen Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Peringkat Kebangsaan 2022- Pembentangan Kajian Tindakan Kategori Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM0

- Kolokium Profesionalisme Guru SMK Taman Maluri 2021- Pembentangan Kajian Tindakan

- Moderator siri Jendela PLC 2021/2022

- Penceramah Program Memperkasakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dan Memperkukuhkan Google Classroom SMK Dato' Onn

- Pencapaian 100 peratus lulus dan peningkatan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) Mata Pelajaran Biologi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021

- Guru Pembimbing Penerima Anugerah Pandu Puteri Raja 2022, Afreena Fansuri Ahmad Fauzi

Cikgu Nurul Najihah Azman

- Pembentang kajian tindakan dalam Kolokium Program Sokongan Pensarjanaan (Prospen) anjuran IPGM Peringkat Kebangsaan 2022

- Penyelaras Program Kebajikan SMK Taman Maluri 2022

- Pengurus dan jurulatih pasukan bola baling SMK Taman Maluri dan berjaya memenangi tempat keempat terbaik keseluruhan dalam kejohanan Bola Baling Majlis Sukan Sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MSSWPKL) Pudu 2022

- Pemenang tempat ketiga Kolokium Profesionalisme Guru SMK Taman Maluri 2021

Artikel berkaitan

Aktiviti kokurikulum bantu bentuk kemahiran insaniah pelajar

Galakan dan sokongan berterusan kepada pelajar, faktor kejayaan kokurikulum SMK Tengku Idris Shah

Aktiviti kokurikulum bangkitkan semangat patriotik


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan