LK
LK

Inovasi LKiZy, hasil cetusan idea guru SM Teknik Tuanku Jaafar bantu memudahkan pelajar  Lukisan Kejuruteraan

Adlan Farhan Azwan
20 Jul 2022 11:53am
A
A
A

Inovasi LKiZy oleh Cikgu Sakinah Muhammad dari Sekolah Menengah (SM) Teknik Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan terbukti dapat memudahkan pelajar dan guru dari segi penggunaan dan penjagaan peralatan Lukisan Kejuruteraan (LK).

LKiZy yang mendapat nama singkatan daripada perkataan LK dan iZy (‘easy’) merupakan papan lukisan yang boleh dilipat dan menyediakan ruangan penyimpanan untuk pembaris T, sesiku set, pensil, pemadam dan jangka lukis.

Ia merupakan satu perkongsian idea yang dilaksanakan di sekolah bagi memudahkan murid untuk membawa dan menyimpan set papan lukisan ketika kelas LK dijalankan.

Set LKiZy serta anugerah dan sijil yang diterima.

Hasil penciptaan inovasi tersebut, Cikgu Sakinah telah meraih pelbagai pencapaian antaranya Kategori Inovasi Sekolah Terbaik di Creation de UiTM International Mega Innovation Carnival 2022, Anugerah Emas di Creation de UiTM International Mega Innovation Carnival 2022 dan Anugerah Guru Ikon STEM dan TVET Sempena Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2022.

Dalam pada itu, turut mencuri tumpuan untuk penyertaan SM Teknik Tuanku Jaafar dalam Anugerah Sekolah S.M.A.R.T (ASSSB) di bawah kategori Sekolah Menengah - Bandar ialah hasil penciptaan R2K oleh Cikgu Juliza Abdullah.

Alat R2K yang membantu pelajar membuat formula kimia.

Beliau mereka cipta R2K untuk membantu pelajar membina formula kimia yang akan digunakan dalam proses pembelajaran subjek itu.

Rekaan ini telah mendapat sambutan baik dalam kalangan ibu bapa pelajar lebih-lebih lagi apabila pelajar terpaksa menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akibat pandemik Covid-19.

Salah seorang pelajar yang menggunakan R2K ketika menjalani PdPR.

R2K juga telah mendapat pengiktirafan dan mencipta kejayaan peringkat negeri dan kebangsaan antaranya Anugerah Platinum pada Pertandingan Inovasi PDP IABD Interclass Peringkat Kebangsaan dan menjadi penyumbang kepada Pameran Inovasi di Karnival Pendidikan Anjuran Kementerian Pendidikan (KPM).

Kedua-dua inovasi ini bukan sahaja digunakan oleh pelajar SM Teknik Tuanku Jaafar, malah ia juga dimanfaatkan oleh sekolah-sekolah lain.

Artikel berkaitan

Kecemerlangan guru SAMT Sultan Hisamuddin berjaya bangunkan potensi pelajar

Prinsip 5P terbukti dalam kemenjadian murid di SJKC Chung Hua 5

Galakan dan sokongan berterusan kepada pelajar, faktor kejayaan kokurikulum SMK Tengku Idris Shah


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan