6 tip menjadi akauntan bertauliah
Iklan
Bilangan akauntan bertauliah dalam kalangan bumiputera di negara ini adalah pada kadar yang membimbangkan kerana jumlahnya amat sedikit iaitu menyumbang lima peratus sahaja di pasaran kerja.Disebabkan itulah Universiti Malaysia Kelantan (UMK), mengambil inisiatif memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA).Dengan perjanjian itu, semua pelajar sarjana muda dalam bidang perakaunan di UMK tertakluk kepada syarat pengajian di mana mereka akan dibantu untuk mendapatkan pengiktirafan ACCA supaya dapat menjadi seorang akauntan bertauliah.Menurut Koordinator Program Perakaunan, Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP) UMK, Dr Nadzirah Mohd Said, 33, untuk menjadi seorang akauntan bertauliah, pelajar perlu mengambil 10 kertas profesional dari ACCA."Kalau di universiti awam, ada subjek-subjek yang sudah diajar di peringkat sarjana muda, jadi ACCA berikan pengecualian kredit."Untuk peperiksaan yang diberikan pengecualian, graduan tidak perlu menduduki kertas yang sama berulang kali, cuma habiskan baki dua hingga empat kertas yang belum pernah belajar."Selepas tamat kesemua (10) kertas peperiksaan ACCA, mereka masih belum diiktiraf sebagai akauntan bertauliah melainkan graduan sudah mendapatkan pengalaman bekerja selama tiga tahun di industri berkaitan," katanya ketika dihubungi Sinar Bestari, baru-baru ini.Walaupun sukar untuk memujuk bekas pelajar menamatkan ACCA selengkapnya, namun Nadzirah tidak pernah putus harapan untuk mendorong mereka menjadi akauntan bertauliah suatu hari nanti."Boleh dikatakan setiap kali habis kelas, saya pasti menasihati pelajar jurusan perakaunan UMK supaya mereka menjadi akauntan bertauliah (chartered accountant)."Di UMK dikira ‘fast track’ sebab pelajar mendapat pengecualian untuk enam kertas, jadi mereka tidak perlu ambil peperiksaan semula. Lagi dua kertas pula dikira semasa mereka menjalani latihan industri."Selepas itu, pensyarah meminta mereka untuk ambil lagi baki dua peperiksaan ACCA dalam kampus sebab memang sudah tertakluk dalam struktur penawaran sebegitu," ujarnya yang menyifatkan graduan dengan ACCA bakal ditawarkan gaji yang lumayan di pasaran.Untuk itu, Nadzirah turut berkongsikan tip-tip bagaimana hendak menjadi seorang akauntan bertauliah bersama pembaca minggu ini.**
- SKOR DALAM ALIRAN PERAKAUNAN