Dedikasi Cikgu Wan Azrina bantu julang nama SMK Kubang Kerian

Iklan
recycle app
Usaha dan dedikasi Cikgu Wan Azrina Muhammad Zuki dalam bidang inovasi dan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) telah berjaya menjulang nama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.Selaku guru matematik di sekolah itu, sumbangan dan jasa beliau selama 19 tahun telah diiktiraf ramai pihak dan berjaya memartabatkan SMK Kubang Kerian di peringkat kebangsaan.Pada 2022, beliau berjaya menerima pelbagai anugerah antaranya Anugerah #mydigitalmaker Exemplary Teacher 2022, Anugerah Ikon Guru Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Bharu 2022 dan Tokoh Guru Peringkat Sekolah 2022.Jadi, tidak hairanlah jika SMK Kubang Kerian telah menampilkan Cikgu Wan Azrina dalam penyertaan Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari (ASSSB), Sinar Harian.Dalam pada itu, beliau sering kali diberi penghormatan untuk menggalas tanggungjawab sebagai guru pembimbing pelbagai jenis pertandingan terutamanya dalam bidang inovasi dan STEM.Salah satunya ialah Program Toyota Eco Youth (TEY) di mana pelajar di bawah bimbingannya telah menghasilkan aplikasi di telefon pintar yang disambungkan dengan tong kitar semula.[caption id="attachment_42990" width="599"] Peserta mewakili SMK Kubang Kerian menunjukkan aplikasi yang dihasilkan.[/caption]Hasil inovasi ini membolehkan para pengguna mendapatkan notifikasi sekiranya tong kitar semula sudah penuh dan bersedia untuk dikutip oleh pusat kitar semula dan telah berjaya memenangi tempat ketiga.Bukan itu sahaja, Cikgu Wan Azrina juga selalu membuat perkongsian ilmu pengetahuan kepada para guru dan pentadbir sekolah antaranya ialah Bengkel Microsoft Innovative Educator Expert dan bimbingan untuk menjadi #CikguJuaraDigital.Artikel berkaitanPembudayaan digital dan inovasi dalam kurikulum, kokurikulum SMPK Vokasional IndahpuraKeseimbangan kokurikulum dan akademik, rahsia kegemilangan 100 tahun SMK Sultanah AsmaSMK Agama Miri perkasa program keagamaan, tawar pelbagai khidmat untuk komuniti

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok