29425273_10216260881095213_8810811333965512704_o-300x171
29425273_10216260881095213_8810811333965512704_o-300x171

Keseimbangan kokurikulum dan akademik, rahsia kegemilangan 100 tahun SMK Sultanah Asma

Adlan Farhan Azwan
26 Jul 2022 11:43am
A
A
A

Sejak penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah pada 100 tahun yang lalu, kegemilangan yang dicapai merupakan hasil daripada keseimbangan dalam aspek kokurikulum dan akademik yang diterapkan oleh guru-guru.

Sekolah ini telah berjaya mencipta pelbagai kejayaan dan sejarah tersendiri terutamanya menerusi pasukan pancaragam yang pernah menjadi juara di Itali pada tahun 2009.

Pasukan pancaragam SMK Sultanah Asma sering kali bertanding di peringkat antarabangsa.

Terkini, SMK Sultanah Asma berjaya menduduki tempat pertama bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 di Negeri Kedah.

Dalam pada itu, sekolah ini juga menjadi pernah Johan keseluruhan Asean Music Games dan Johan Pertandingan Solo Instrumental Peringkat Kebangsaan pada tahun 2021.

Penyertaan SMK Sultanah Asma dalam Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari (ASSSB) juga menyaksikan pencapaian membanggakan daripada Cikgu Syahrul Azrin Ghafar antaranya Anugerah Guru Inovatif (Guru Pendidikan Maya) Daerah Kota Setar 2021, Anugerah Ikon Guru Pendidikan Maya 2021 dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2021.

Selain itu, hasil bimbingan Cikgu Yusrina Abdul Hamid di STEM Online Competition Peringkat Kebangsaan 2021 juga telah berjaya melayakkan enam penyertaan SMK Sultanah Asma untuk bertanding di peringkat kebangsaan.

Kecemerlangan SMK Sultanah Asma diteruskan lagi dengan beberapa siri kejayaan oleh pelajarnya, Zarizz Iman apabila pernah mendapat Tempat Kedua untuk Kategori Drum Major di Pertandingan Solo Instrumental Peringkat Kebangsaan 2021 dan Tempat Ketiga bagi Kategori Mixed Equipment Acara Colorguard Asean Music Games 2021.

Secara keseluruhannya, keseimbangan kejayaan dalam bidang akademik dan kokurikulum yang ditunjukkan oleh SMK Sultanah Asma bergerak seiring dan ini berupaya melahirkan pelajar yang mampu mendepani cabaran dan berdaya saing.

Artikel berkaitan

Program Sekolah Lestari SK LKTP Felda Ulu Penggeli didik nilai prihatin terhadap alam sekitar

Pembelajaran kondusif matlamat SMK Kajang Utama, sentiasa pacu kecemerlangan pelajar

SJKC Thai Kwang bolot 6 emas, di pelbagai pertandingan peringkat antarabangsa


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan