indahpura
indahpura

Pembudayaan digital dan inovasi dalam kurikulum, kokurikulum SMPK Vokasional Indahpura

Rasyidah Zulkifi
27 Jul 2022 04:56pm
A
A
A

Seiring dengan seruan pendigitalan dalam pendidikan oleh Kementerian Pendidikan (KPM), Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK) Vokasional Indahpura telah dipilih menjadi ikon pendidikan digital daerah Kulai, Johor.

Pemilihan mereka selaras dengan gelaran Johan dan Naib Johan yang diperoleh dalam Johor Digital Utilisation Technology Award (JDUTA) 2021.

Dalam pertandingan yang sama, Cikgu Shahriman Jailani telah dianugerahkan sebagai Ikon Guru Teknologi Pendidikan Negeri Johor.

Tidak terhenti setakat itu, pada tahun yang sama, SMPK Vokasional Indahpura dianugerahkan dua pingat emas dalam International Digital Innovation Invention Challenge 2021 (IDIIC 2021) bagi kategori guru dan pelajar sekolah.

Kejayaan-kejayaan ini membuktikan pembudayaan inovasi juga sama penting dan bukan digital semata-mata sehingga melayakkan sekolah ini menghantar penyertaan dalam Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari (ASSSB).

Selain Cikgu Shahriman, Cikgu Rohaya Mohd Hatta juga mendapat Anugerah Perak dalam Pertandingan Inovasi Pensyarah Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) 2021.

Untuk kemenjadian murid pula, Asra Nusaira Bani Amin dinobatkan sebagai johan dalam program e-NILAM Pendidikan Khas Peringkat Negeri Johor 2021.

Dia turut merangkul johan dalam Karnival e-Kokurikulum Pendidikan Khas Peringkat Daerah Kulai 2021.

Artikel berkaitan

Program We Love We Care, tanda prihatin SMK Mukah kepada pelajar

Sukan ragbi serlah bakat murid-murid SK Bandar Tun Hussein Onn (2) 

Aktiviti kokurikulum bangkitkan semangat patriotik


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan