Guru Sains kongsi 3 kaedah perubatan untuk panduan pelajar Tingkatan 4

Iklan
Untitled design

"Bila sakit, kebiasaannya seseorang individu akan mendapatkan rawatan di hospital. Di sini, pesakit dibekalkan dengan ubat-ubatan mengikut jenis penyakit yang telah didiagnosis oleh doktor.

Iklan
Iklan

"Namun begitu, ada juga yang tidak mahu ke hospital dan memilih untuk merawat sakit secara kendiri yang dipanggil rawatan tradisional.”

Iklan

Demikian menurut guru mata pelajaran Sains, Cikgu Mohd Azhar menerusi video pembelajaran Sains Tingkatan Empat bagi Topik 10.1: Perubatan Tradisional, Perubatan Moden & Perubatan Komplimentari.

Iklan

Beliau yang kini bertugas di salah sebuah sekolah di Kuala Kangsar, Perak berkata, ada antara individu yang memilih untuk mendapatkan kedua-dua rawatan berkenaan.

"Bagi yang mendapatkan rawatan hospital dan tradisional, ia dipanggil sebagai rawatan komplimentari,” ujarnya.

Sambung Cikgu Mohd Azhar, masih ramai kalangan pelajar yang sukar membezakan antara tiga kaedah perubatan ini.

"Justeru, saya kongsikan ciri-ciri perubatan tradisional, perubatan moden dan perubatan komplimentari untuk panduan khususnya pelajar Tingkatan Empat.

"Moga ia memberi manfaat buat semua,” ujar Cikgu Mohd Azhar yang berkelulusan dalam bidang Sains Biologi (Universiti Malaya) dan Teknologi Pendidikan (Universiti Pendidikan Sultan Idris).

Ini perkongsian daripada beliau.

Perubatan tradisional adalah kaedah perubatan yang menggunakan haiwan atau tumbuh-tumbuhan serta bahan semulajadi dan diaplikasikan secara khusus ataupun secara gabungan bagi mendiagnosis dan merawat penyakit.

Ciri-ciri perubatan tradisional adalah seperti:

1) Kos rawatan yang rendah.

2) Rawatan menggunakan bahan semulajadi daripada haiwan dan tumbuhan.

3) Keberkesanan yang perlahan.

4) Diwarisi dan diamalkan secara turun-temurun.

5) Pembuktian adalah secara pengalaman atau testimoni.

Perubatan moden pula adalah campuran seni merawat pelbagai bidang ilmu sains yang mempunyai hubungan secara terus dengan sains kesihatan dan bioperubatan serta melibatkan bidang seperti perubatan klinikal, penyelidikan perubatan dan pembedahan untuk merawat penyakit atau kecederaan.

Ciri-ciri perubatan moden adalah:

1) Kos rawatan yang mahal.

2) Rawatan menggunakan ubat sintetik.

3) Melibatkan rawatan moden seperti pembedahan, rawatan laser dan radioterapi.

4) Rawatan lebih berkesan dan cepat.

5) Keberkesanan terbukti secara klinikal.

Manakala, perubatan komplimentari adalah merujuk kepada pelbagai kaedah dalam penjagaan kesihatan yang berasal daripada pelbagai bentuk budaya sejak zaman berzaman.

Ia merangkumi beberapa bahagian iaitu produk semulajadi, senaman badan dan minda. Kaedah ini digunakan bersama rawatan moden bagi merawat sesuatu penyakit.

Ciri-ciri perubatan komplimentari adalah seperti:

1) Tidak melibatkan pembedahan dan jahitan terhadap tubuh badan.

2) Tidak menggunakan ubatan theraputic dadah dan bahan sintetik kimia.

3) Mengambil kira pandangan perubatan moden dan tradisional.

Sumber: Blog Cikgu Azhar.com

Artikel berkaitan 

10 petua menjadi pemidato hebat, ini perkongsian Ikon Pemidato Malaysia

9 cara menghentikan tabiat makan berlebihan, elak obesiti

8 Aplikasi yang boleh membantu anda menjadi seorang pelukis


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok