I-CarE 9.0 bantu pelajar politeknik intai peluang pekerjaan dengan cara mudah

Iklan
I-CarE 9.0 bantu pelajar politeknik intai peluang pekerjaan dengan cara mudah
Politeknik Merlimau (PMM) Melaka menerusi Unit Corporate, Industrial Services & Employability Centre (CISEC) bersama Unit Perhubungan & Latihan Industri (UPLI) telah mengadakan Karnival Kerjaya Internship & Career Excellence Day 9.0 (I-CarE 9.0) baru-baru ini, sebagai usaha menyumbang ke arah peningkatan kadar kebolehpasaran graduan PMM.Pengarahnya, Norizam Sekak berkata, program I-CarE 9.0 sangat menarik kerana memberi peluang kepada pelajar yang baharu sahaja menamatkan latihan industri mendapatkan pekerjaan dengan mudah.Tambahnya, lebih 500 pelajar PMM hadir ke I-CarE 9.0 bagi melihat jenis-jenis pekerjaan ditawarkan oleh syarikat yang menyertai program tersebut."Ada dalam kalangan pelajar tidak melepaskan peluang bertanyakan pelbagai soalan kepada pempamer."Soalan seperti apakah persiapan sebelum temu duga, cara menjawab temu duga, gaya berpakaian dan sebagainya adalah antara soalan yang diusulkan oleh mereka kepada wakil industri," katanya ketika berucap pada majlis perasmian I-CarE 9.0.Turut hadir Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik), Mohd Hoirie Abdul Manah; Ketua CISEC PMM, Mohd As’ri Chik; Ketua Unit Perhubungan & Latihan Industri PMM, Noorasikin Abdul Rahman dan Ketua Unit Komunikasi Korporat, Ts Dr Maria Mohammad.I-CarE 9.0 adalah program tahunan yang dianjurkan dua kali setahun dan sudah memasuki tahun kesembilan penganjurannya.Selain pihak industri yang terlibat dalam I-CarE 9.0, beberapa universiti lain juga turut mengambil bahagian dengan mengadakan pameran melanjutkan pengajian bagi memberikan maklumat lebih jelas kepada pengunjung.Setakat ini, PMM telah mencapai 99.3 peratus kadar kebolehpasaran bagi tahun 2021 dan telah melahirkan lebih 27,000 graduan sejak penubuhannya pada 2002.Artikel berkaitan Peluang graduan politeknik ceburi kerjaya Tentera DaratPoliteknik Merlimau himpunkan peminat BMX, anjur riadah santaiPenyelidik UKM reka corak warisan Melayu pada telekung 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok