Peluang graduan politeknik ceburi kerjaya Tentera Darat
Peluang graduan politeknik ceburi kerjaya Tentera Darat

Peluang graduan politeknik ceburi kerjaya Tentera Darat

Roshlawaty Md Raieh
25 Jul 2022 09:33am
A
A
A

Politeknik Merlimau (PMM), Melaka berbesar hati menerima kehadiran para pegawai Markas Tentera Darat cawangan Sumber Manusia, Kuala Lumpur untuk berkongsi tentang laluan kerjaya graduan dalam bidang tersebut kepada warga kerja politeknik, baru-baru ini.

Pengarah PMM, Norizam Sekak berkata, program dikenali Bengkel Promosi Kerjaya Graduan Politeknik & Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) bertujuan memberi ruang kepada pihak Markas Tentera Darat bersama warga politeknik merangka strategi pengambilan anggota tetap Tentera Darat bagi mengisi kekosongan dengan gred yang bersesuaian para graduan.

“Dalam program ini, Pengarah Dasar & Pembangunan Markas Tentera Darat, Kolonel Mohamad Fazli Md Idris memberi penerangan lanjut tentang kerjaya yang boleh diceburi oleh kumpulan graduan PMM.

“Manakala Pegawai Staf 1, Jabatan Arah & Infrantri, Markas Tentera Darat, Leftenan Kolonel Kaharuddin Katan berkongsi tentang Kertas Putih Pertahanan dan Konsep Pertahanan Menyeluruh sebagai pengetahuan umum kepada warga kerja PMM,” katanya.

Kolonel Mohamad Fazli

Leftenan Kolonel Kaharuddin

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar PMM, Zan Aizuwan Zainal Abidin dan pegawai Corporate, Industrial Services & Employability Centre (CISEC PMM), Gwee Chiou Chin juga tidak ketinggalan dalam menerangkan tentang perkembangan graduan politeknik kepada mereka yang hadir.

Sementara itu, Norizam yang juga berpangkat Mejar dalam Askar Wataniah berkata, program tersebut merupakan usaha yang baik dalam menentukan laluan kerjaya baharu buat para graduan Politeknik Malaysia.

“Saya percaya, sekiranya perbincangan dan laluan khas ini dapat direalisasikan, sudah pasti kadar kebolehpasaran graduan akan meningkat sekali gus membantu negara dalam mengisi kekosongan Perjawatan Tentera Darat,” ujarnya.

INFO

PMM merupakan politeknik ke-14 yang ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM). Ia terletak di daerah Jasin, dua kilometer (km) dari Pekan Merlimau, 24 km dari bandar Melaka dan 19 km dari bandar Jasin.

Politeknik ini mula beroperasi pada 17 November 2002 dan telah mula mengambil pelajar perintis pada sesi kedua 2002 iaitu 23 Disember 2002.

Ia mempunyai kapasiti maksimum seramai 5060 orang pelajar. Kini PMM telah beroperasi sepenuhnya dan menjadi salah satu nukleus yang penting kepada Merlimau, Melaka.

Artikel berkaitan 

UTeM jayakan Misi Kembara Persaudaraan Islam di Kemboja

Tersenarai antara 50 calon seluruh dunia, Alesyah buat rakyat Malaysia gembira dan bangga!

Math 55 kelas paling sukar di Universiti Harvard


 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok