3 pelajar USM lakar kejayaan dalam pertandingan ICT

Iklan
huawei
Tiga pelajar Universiti Sains Malaysia (USM), membanggakan universiti itu apabila melakar kejayaan menjuarai pertandingan Huawei ICT Global Competition 2021-2022.Tiga mahasiswa Fakulti Sains Komputer tersebut terdiri daripada Ang Yee Ten, Kang Yi Qing dan Sum Joe Ming.Kejayaan mereka turut dibantu Ts Dr Mohd Najwadi Yusoff yang bertindak sebagai penasihat selain pengajar Fakulti Sains Komputer dan National Advanced IPv6 Centre (NAv6).Menerusi hantaran Facebook institusi pengajian tinggi (IPT) itu, USM merakamkan penghargaan atas kejayaan mahasiswa berkenaan.Oleh itu, sebagai tanda penghargaan, USM telah mengadakan majlis khas meraikan kecemerlangan mereka.Turut hadir Dekan Fakulti Sains Komputer, Profesor Datuk Dr Bahari Belaton; Pengurus Talent Ecosystem Huawei Malaysia, Astee Chan dan Human Resources Specialist Huawei – APAC Recruitment and Allocation Huawei Malaysia, Ho Jia Yun.Huawei ICT Global Competition 2021-2022 merupakan pertandingan untuk bertukar idea, meningkatkan kemahiran Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) dan latihan praktikal kepada pelajar.Pada masa sama, peserta juga akan dipersiapkan dengan kemahiran melakukan inovasi menggunakan platform dan teknologi yang pelbagai.Artikel berkaitanTumpangkan graduan ke konvokesyen, USM beri penghargaan buat AshriTerperangkap dalam kesesakan, graduan USM tumpang motosikal untuk hadir ke majlis konvokesyenDedah bidang ICT, pelajar Tingkatan 4 dan 5, terima ilmu bermanfaat

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok