Atlet memanah, SMA Bandar Baru Salak Tinggi cipta kejayaan hingga ke peringkat kebangsaan

Iklan
sam salak tinggi
Aktiviti memanah merupakan sukan yang dituntut dalam Islam sehingga menjadi atribut kemenjadian pelajar di Sekolah Agama Menengah (SMA) Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor.Riadah ini mampu membina tumpuan dan meningkatkan fleksbiliti tangan. Justeru, semua ini memerlukan bimbingan daripada pengurus yang pakar.Cikgu Muhammad Firdaus Idris antara jurulatih yang banyak membantu sekolah meraih kejayaan dalam sukan memanah.Berbekalkan pengalaman pertama sebagai jurulatih sukan itu di peringkat negeri sekitar tahun 2016, menjadikan kemenangan dominan milik SMA Baru Salak Tinggi.Sahil Fahmi Mohd Syakir merupakan atlet pemanah yang menjadi kebanggaan sekolah agama berkenaan. Antara kejayaan yang dilakar:1. Mahrajan Memanah Recurve Memanah Sekolah Agama Malaysia (MESMA) Peringkat Kebangsaan-Kelayakan pusingan pertama (Kedua)-Kelayakan pusingan kedua (Kedua)-Kelayakan pusingan keseluruhan (Kedua)-Pusingan olimpik individu (Kedua)-Pusingan berpasukan keseluruhan (Johan)-Pusingan olimpik berpasukan (Johan)2. Kejohanan Memanah Majlis Sukan Sekolah Negeri Selanor-Kelayakan pusingan pertama (Kedua)-Kelayakan pusingan kedua (Ketiga)-Kelayakan pusingan keseluruhan individu (Kedua)-Pusingan olimpik individu (Kedua)-Pusingan olimpik berpasukan (Johan)-Pusingan keseluruhan berpasukan (Kedua)Sukan yang semakin diminati pelajar pada masa kini menguatkan keinginan SMA Baru Salak Tinggi untuk menyertai Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari (ASSSB), Sinar Harian.Artikel berkaitanKelab UMTAC, KMUCK mahu lahir pemanah negara Pembelajaran digital SK Pauh bantu murid-murid cipta kejayaan di peringkat kebangsaan ICFL anjur kejohanan bola sepak B16 peringkat kebangsaan

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan