DUTA SK Pauh Perlis
DUTA SK Pauh Perlis

Pembelajaran digital SK Pauh bantu murid-murid cipta kejayaan di peringkat kebangsaan

Adlan Farhan Azwan
24 Aug 2022 09:54am
A
A
A

Pembelajaran digital yang diterapkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Pauh, Arau, Perlis telah membantu murid-muridnya untuk meningkatkan kemahiran sehingga berjaya melakar pelbagai kejayaan.

Sekolah ini dilengkapi dengan sebuah makmal komputer yang membolehkan murid-murid melaksanakan sesi pembelajaran menerusi aplikasi Minecraft, Flipgrid dan Microsoft Sway untuk pembentangan projek berkumpulan.

Sementara itu, murid-murid turut didedahkan dengan penggunaan aplikasi seperti Live Worksheet, Snapped, Nearpod dan Blooket semasa proses Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR) akibat pandemik Covid-19.

Penggunaan Nearpod semasa PdPR.

Hasilnya, SK Pauh berjaya melakar kejayaan menerusi Nur Damia Batrisya Norshahrizat yang dinobatkan sebagai Naib Johan Pertandingan Laman Pembelajaran Sekolah Rendah Peringkat Negeri sempena Anugerah Digital Utilisation Technology Award (DUTA) 2021.

Anugerah Khas Snapped DUTA Peringkat Negeri Perlis 2021.

Dalam pada itu, kejayaan SK Pauh juga dipamerkan dalam bidang inovasi menerusi Cikgu Asmani Abu Bakar yang diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai mentor di International Virtual Expo of Innovation Product and System Design (In-ViDE) 2021 Peringkat Kebangsaan.

Bimbingan beliau membuahkan hasil apabila dua orang murid, Nur Damia dan Muhammad Darwisy Qusyairi Norshahrizat berjaya merangkul Anugerah Emas di pertandingan tersebut.

Bukan itu sahaja, Cikgu Asmani juga menjadi mentor murid-murid di Kuala Lumpur Engineering Science Fair (KLESF) International Challenge 2021 dan pertandingan Low Touch High Impact sempena Minggu Sains Negara Peringkat Kebangsaan 2021 anjuran Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Artikel berkaitan

Warga SK Sri Petaling cukup aktif salur ilmu dalam DidikTV KPM

Projek alam sekitar SK Bukit Tampoi (A) tingkatkan kualiti persekitaran sekolah

Dibarisi guru cemerlang, faktor kemenjadian murid SK Chopin


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan