Robot tarik tali, pupuk minat murid dalami bidang STEM

Iklan
robot tarik tali
Pertandingan tarik tali antara robot jarang kita dengar, namun jika ia benar berlaku tentu menarik untuk disaksikan. Ternyata kini ia bukan angan-angan lagi.Bersempena dengan pertandingan robotik peringkat daerah, acara tarik tali antara robot merupakan pengisian yang diadakan di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Pelak, Pekan, Pahang, baru-baru ini.Seramai 90 peserta terdiri daripada murid Tahun Lima dan Tahun Enam telah dibahagikan kepada lima kumpulan.Menurut Guru Besarnya, Mazni Mohamed @ Ibrahim, setiap murid dibantu oleh ibu bapa masing-masing dan sokongan dilihat amat memberangsangkan.Tambahnya, kira-kira 12 guru SK Pelak, kakitangan Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan lebih 90 ibu bapa membantu para peserta dalam menghasilkan reka cipta robot serta susun atur bongkah.Mazni selaku penganjur program berkenaan mengakui berpuas hati dengan kejayaan yang diraih sekolahnya. Walaupun sekolah tersebut bertaraf luar bandar, namun ia tidak wajar dijadikan sebagai batu penghalang.Sementara itu, Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pekan, Mohd Razali Mustafar berkata, kerjasama yang dijalin bersama UMP dan syarikat swasta yang berkaitan dalam bidang elektronik melicinkan lagi setiap aktiviti yang dijalankan.Justeru, beliau berharap agar minat lebih ramai murid berminat terhadap robotik selepas ini melalui penganjuran pertandingan STEM.Artikel berkaitan 3 kelab usahawan bantu dalami bidang niagaSaintis tersohor tarik minat pelajar pilih bidang STEM National Science Challenge 2022: Platform pupuk minat pelajar bidang STEM

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan