Mile kongsi 8 tip untuk menjadi pelukis grafiti dan mural berjaya

Iklan
mile tudm

Walaupun baru berusia 35 tahun, pelukis grafiti ternama, Muhammad Fakhrul Akmal Shamsurrijal telah mempunyai 18 tahun pengalaman dalam bidang seni lukis ini.

Iklan
Iklan

Bukan setakat itu sahaja, dia yang lebih mesra disapa Mile sudah menjelajah ke luar negara rentetan karya seninya mendapat sambutan di peringkat antarabangsa.

Iklan

Antara negara yang pernah ditawannya untuk projek grafiti ialah Dubai, Thailand, Singapura, Indonesia dan Taiwan.

Iklan

Mile yang berkelulusan dari Institut Kemahiran Mara (IKM), Sungai Petani, Kedah, dalam bidang Pengiklanan Reka Bentuk Grafik, mengakui minatnya dalam dunia seni tercetus sejak di bangku sekolah lagi.

Menurutnya, sekitar 2003 iaitu ketika berada di Tingkatan Empat, dia yang bersekolah di Putrajaya sudah mula menyimpan duit bagi merealisasikan cita-cita dalam kerjaya yang dianggap vandalisme pada sesetengah mata masyarakat.

Baginya, kerjaya sebagai pelukis grafiti perlu diketengahkan melalui saluran yang betul kerana ia merupakan antara pekerjaan yang menjamin masa depan.

Berkongsi pengalaman pernah ditangkap pihak berkuasa, ia membuatkan bapa kepada tiga orang cahaya mata ini berazam untuk menunjukkan sisi positif lakaran seni grafiti.

Hari ini, seni lukisan grafiti dan mural semakin diterima ramai, malah, baru-baru ini Mile baru sahaja menjayakan projek mencantikkan dinding Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang, Selangor.

Anak kelahiran Kuala Lumpur ini juga pernah dijemput Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk mengemudi program Art Talk yang bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar sekolah menengah, politeknik dan universiti awam mengenai kerjaya dalam bidang seni ini.

"Pendapatan yang diraih amat lumayan seiring dengan kemahiran yang dikerah dan modal besar yang dikeluarkan bagi menjayakan sesuatu projek grafiti mahupun mural,” ujarnya yang turut menempa nama bersama syarikat besar seperti Petronas, Microsoft dan Redbull.

Apabila diminta mengulas mengenai perbezaan antara seni mural dan grafiti, Mile memberitahu, kedua-duanya tidak mempunyai banyak perbezaan.

"Jika dilihat sekali imbas, konsep mural lebih sinonim dengan penggunaan cat akrilik dan berus mengecat.

"Manakala lukisan grafiti pula memerlukan peralatan seni seperti cat semburan dalam tin sahaja.

"Saya boleh katakan masa proses lakaran grafiti lebih singkat berbanding mural kerana cat semburan sudah tersedia dalam tin, tinggal hanya untuk digunakan dan tidak perlu dibancuh lagi,” tuturnya.

Untuk itu, Mile berkongsi lapan tip kepada pemula untuk menjadi pelukis kedua-dua seni ini.

**

MODAL

RM30 diperlukan bagi membeli satu tin cat semburan untuk lukisan grafiti berukuran satu kaki. Kemudian, duit juga diperlukan untuk mengupah orang melakukan kerja pembersihan lumut pada dinding. Seterusnya, buat ‘prime wall’ maksudnya lapisan asas cat untuk memastikan grafiti dapat bertahan dalam tempoh masa lama.

MAJALAH GRAFITI

BAGI pemula, mereka boleh menambah pengetahuan dari majalah Stylefile yang menceritakan tentang budaya grafiti di seluruh dunia. Bahan ini mempunyai dua keluaran setiap tahun dan yang pertama diterbitkan pada 1999.

RUJUK MEDIA SOSIAL

UNTUK menjadi seorang pelukis grafiti dan mural, perlu menggunakan platform media sosial seperti YouTube dan TikTok bagi menimba ilmu pengetahuan dan mengikuti akaun pakar yang berpengetahuan dalam bidang berkaitan agar mempunyai daya imaginasi lebih kreatif.

‘MIX AND MATCH’

FAHAMI deskripsi kerja seorang kontraktor kerana untuk menjadi pelukis seni ini bukan sahaja memerlukan individu untuk melukis huruf dan karakter dengan cat semburan sahaja, mengecat juga diperlukan sebagai asas sebelum lakaran lanjut dibuat. Ini untuk menggelakkan cat dinding daripada terkopek. Sebab itu apa yang kontraktor lakukan seperti simen, asas mengecat dan ‘finishing’ mengecat, itu sememangnya perlu ‘mix and match’ untuk diterapkan dalam seni grafiti.

PEMILIHAN WARNA LAKARAN

seni grafiti ini nampak agresif, jadi pemilihan warna yang betul perlu dititikberatkan. Rona cerah seperti merah jambu, biru firus, hijau firus, kuning dan oren menampakkan grafiti tidak usang walaupun dimamah usia berbanding penggunaan warna untuk mural, lebih kepada warna-warna lembut.

PERALATAN

BAGI lakaran grafiti, cat semburan akrilik adalah paling sesuai pada semua permukaan kerana ia melekat dengan baik dan tidak mudah tertanggal. Gunakan ‘airless spray paint’ agar lakaran yang dilakukan cermat dan tidak comot manakala untuk mural lebih banyak menggunakan berus.

PERMUKAAN

SEMUA permukaan boleh dilukis grafiti termasuk dinding, tembok batu, cermin kaca, zink dan plastik gentian kaca. Asalkan semua permukaan ini kering, jangan lembab atau basah, jadi cat tidak akan tertanggal.

KEBENARAN DARI PIHAK BERKUASA

KALAU berdasarkan projek, kebiasaannya pelukis grafiti telah mendapat kebenaran dari pihak berkuasa. Hal ini penting agar tidak ditahan atau ditangkap kerana sesetengah orang menganggap hasil seni ini sebagai vandalisme.

Artikel berkaitan 

Jurulatih Lili Murnni kongsi tip jadi atlet bola jaring berjaya 

Karya grafiti membawa Katun menjelajah dunia 

Sentuhan karya grafiti guru ini cukup luar biasa


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok