Kemahiran yang perlu ada pada ahli farmasi

Iklan
Untitled design (29)

Bantu tingkat kecelikan masyarakat mengenai ubat-ubatan

Iklan
Iklan

Golongan profesional ini perlu mempunyai pengetahuan tinggi mengenai ubat dan juga risikonya memandangkan ia adalah sesuatu yang diambil dan masuk ke dalam badan.

Iklan

Sehubungan itu, menurut Presiden Persatuan Farmasi Malaysia (MPS), Amrahi Buang, ahli farmasi perlu memastikan apabila ubat dimasukkan ke dalam badan maka ia adalah selamat.

Iklan

Ujarnya, meskipun doktor mengeluarkan preskripsi kepada pesakit, namun apabila sampai di kaunter farmasi, maka saringan akan dibuat bagi memastikan maklumat mengenai pesakit dan ubat tepat.

"Preskripsi akan disaring untuk pastikan semuanya betul, pesakit, nombor pendaftaran, bentuk ubat, jenisnya, dos, kekerapan ambil ubat itu dan juga jangka masanya.

"Ini kerana, jangka masa adalah penting, ia akan menentukan jumlah ubat yang akan diberikan kepada pesakit.

"Selepas saringan, mereka akan buat penyediaan dan pastikan semua dilabel dengan betul dan buat semakan terakhir, apabila sudah sedia barulah panggil pesakit, tetapi sebelum serahkan ubat, pesakit perlu disahkan terlebih dahulu seperti nombor pendaftaran ataupun nombor IC (MyKad),” ujarnya.

[caption id="attachment_46627" width="400"] Amrahi Buang.[/caption]

Mengulas lanjut, Amrahi berkata, sebagai ahli farmasi, ketepatan adalah keutamaan kerana kesalahan dalam pemberian ubat adalah tidak boleh diterima sama sekali.

Selain itu, beliau turut menekankan pentingnya komunikasi antara ahli farmasi dan pelanggan di premis farmasi komuniti bagi memastikan masyarakat mempunyai kecelikan dalam penjagaan kesihatan serta ubat-ubatan.

Tambahnya, masyarakat lazimnya datang ke premis farmasi dan terus membeli ubat tanpa mahu mendapatkan penerangan lanjut mengenai ubat tersebut.

"Mengambil contoh pembelian paracetamol, ahli farmasi boleh memainkan peranan bertanya apa tujuan beli ubat, katalah demam, kena tanya beli untuk siapa, suhu badan berapa, sebab (suhu) 38 dan 38.5 darjah selcius akan memberi makna berbeza, berapa hari demam atau berapa hari sudah ambil paracetamol, ada alahan ataupun tidak.

"Untuk semua ini, ahli farmasi kena ada ilmu dan masyarakat perlu rajin bertanya sebab mereka (ahli farmasi) bukannya menjual ubat, kami mempunyai etika.

"Penerangan cukup penting dan ini tugas berat, kita tidak mahu buang duit, sebab itulah kecelikan mengenai ubat-ubatan sangat penting,” ujarnya.

[caption id="attachment_46628" width="600"] Komunikasi aspek penting kerana bidang ini membabitkan keselamatan pesakit dan ubat-ubatan.[/caption]

 

Amrahi berkata, bidang farmasi cukup meluas dan mereka ini boleh dilihat antaranya di hospital awam atau swasta, klinik kesihatan, farmasi komuniti, farmasi industri dan di universiti sebagai pensyarah.

Lima kemahiran perlu dimiliki ahli farmasi

[caption id="attachment_46629" width="600"] Ahli farmasi adalah pakar dalam bidang ubat-ubatan.[/caption]

1) Asas ilmu

Untuk menjadi ahli farmasi, perlu ada asas yang betul dan mempunyai kecemerlangan akademik dalam aliran Sains. Pada masa sama, perlu disertai minat yang tinggi kerana bidang ini membabitkan ubat-ubatan dan keselamatan. Jika memilih bidang ini, maka perlu melakukannya dengan bersungguh-sungguh supaya tidak membuang masa.

2) Komunikasi

Aspek ini cukup penting kerana bidang ini membabitkan keselamatan pesakit dan ubat-ubatan, oleh itu, komunikasi adalah sangat penting. Mengambil contoh pembelian paracetamol, ahli farmasi perlu memiliki ilmu untuk memberi penerangan mengenai ubat berkenaan, contohnya tujuan pembelian, bacaan suhu badan, cara pengambilan dan alahan jika ada. Selain itu, menerusi komunikasi yang berkesan juga, secara tidak langsung meningkatkan tahap kecelikan masyarakat terhadap ubat-ubatan, seterusnya membantu meningkatkan produktiviti mereka.

3) Kepimpinan

Ahli farmasi sebagai golongan profesional bukan semata-mata duduk di belakang kaunter dan pasif, mereka perlu ke hadapan dan aktif untuk memastikan aspek keselamatan berkaitan ubat-ubatan sentiasa menjadi keutamaan.

4) Tingkatkan ilmu

Perlu sentiasa ingat bahawa ahli farmasi adalah golongan profesional dan perlu mengikut kod etika di bawah Lembaga Farmasi Malaysia (LFM). Selain itu, ahli farmasi juga perlu sentiasa peka dengan perkembangan terkini membabitkan ubat-ubatan

5) Keusahawanan

Jika berminat untuk membuka premis farmasi sendiri, maka sikap keusahawanan perlu ada dalam diri mereka. Mengambil contoh ahli farmasi yang membuka premis atau e-farmasi menerusi platform e-dagang, maka peranan golongan profesional itu akan menjadi semakin luas. Ini kerana selepas penghantaran ubat ke rumah, ahli farmasi perlu memainkan peranannya dalam memberi penerangan termasuk cara pengambilan menerusi telefarmasi.

Artikel berkaitan

Saintis UKM cipta formulasi gel, bantu golongan disfagia menelan ubat-ubatan dengan baik

Guru Sains kongsi 3 kaedah perubatan untuk panduan pelajar Tingkatan 4

Ameera cemerlang di The University of Edinburgh, raih ijazah kelas pertama dan pingat pencapaian


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok