Kumpulan Benuacipta UKM johan keseluruhan KIK peringkat UA

Iklan
Pengerusi LPU UTHM bergambar bersama kumpulan pemenang (1)
Universiti berkenaan berjaya meraih gelaran itu melalui projek Aduan Sistem Maklumat Radiologi Yang Tinggi dihasilkan kumpulan Benuacipta bagi kategori Pengurusan.Menurut Ketua Projek, Muhammad Nizam Mohd Sobri, sistem berkenaan dibangunkan bagi menambah baik permohonan pemeriksaan radiologi yang sebelum ini dijalankan secara manual menggunakan borang pemeriksaan."Permohonan secara manual akan mengakibatkan proses permohonan lewat, aliran kerja tidak cekap, berlaku kesilapan data dan sering menerima aduan daripada pelanggan."Keadaan ini ternyata memberi impak kepada pesakit yang memerlukan rawatan segera."Oleh itu, satu sistem baru dibangunkan untuk menjadikan kerja lebih efisyen, mengurangkan aduan pelanggan, menjimatkan masa dan kos," ujarnya selepas Majlis Penyampaian Hadiah Konvensyen KIK Kali Ke-16 di Dewan Sultan Ibrahim, kampus induk Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Johor.[caption id="attachment_46976" width="600"] Sesi penyerahan Universiti Malaysia Pahang (UMP) sebagai tuan rumah bagi penganjuran KIK UA Kali Ke-17 untuk tahun depan.[/caption]Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah UTHM, Datuk Seri Ibrahim Ahmad; Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Ts Dr Azme Khamis mewakili Naib Canselor UTHM; Pendaftar / Ketua Pegawai Operasi UTHM, Abdul Halim Abdul Rahman; Penolong Naib Canselor (Strategik dan Kualiti) UTHM, Profesor Dr Mas Fawzi Mohd Ali dan Pengarah Pejabat Pengurusan Kualiti UTHM, Dr Shazarel Shamsudin.Pada majlis itu juga, turut diadakan sesi penyerahan tuan rumah kepada Universiti Malaysia Pahang (UMP) bagi penganjuran KIK UA kali ke-17, tahun depan.Pemilihan pemenang kali ini sinonim dengan objektif penganjuran konvensyen iaitu berkongsi idea serta amalan terbaik bagi meningkatkan kualiti, kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan UA di negara ini.Konvensyen berkenaan juga menjadi platform menggalakkan persaingan sihat warga universiti menerusi aktiviti inovasi, sains dan teknologi.Bertemakan Minda Kreatif Terajui Inovasi Sains dan Teknologi, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah dipilih menjadi tuan rumah untuk penganjuran tahun ini.Sebanyak 48 kumpulan menyertai konvensyen ini dengan 28 daripadanya berentap bagi kategori kumpulan Pengurusan, manakala 20 lagi untuk kumpulan Teknikal.[caption id="attachment_46978" width="600"] Ibrahim (enam dari kiri) bersama pemenang KIK UA Kali Ke-16 di UTHM, Johor, baru-baru ini.[/caption]Sementara itu, Ibrahim berkata, inovasi dan penambahbaikan perkhidmatan perlu dilakukan bagi memastikannya terus relevan sepanjang masa.Ujarnya, saranan pemimpin negara yang mahu penjawat awam memiliki intelektual, nilai kreativiti dan inovasi yang tinggi sewajarnya disambut secara positif."Oleh itu, penganjuran konvensyen seperti ini yang menuntut peserta menggunakan kreativiti mampu memberi nilai tambah kepada kecekapan perkhidmatan dan penghasilan produk."Diharapkan konvensyen seperti ini dapat menjadi platform menyuburkan budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan warga universiti, termasuklah sektor awam dan swasta supaya seiring kemajuan sains serta teknologi masa kini," tuturnya.Artikel berkaitanSaintis UKM cipta formulasi gel, bantu golongan disfagia menelan ubat-ubatan dengan baikPelajar Kolej GENIUS@Pintar Negara UKM cemerlang di World Scholar’s Cup Global Round 2022Penyelidik UMT jalankan kajian berkaitan habitat dan pembenihan ketam bakau

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok