273de36d-ed84-4b75-81f3-ade2a46c1239.jpg
273de36d-ed84-4b75-81f3-ade2a46c1239.jpg

Pelajar Kolej GENIUS@Pintar Negara UKM cemerlang di World Scholar’s Cup Global Round 2022

Adlan Farhan Azwan
09 Sep 2022 06:13pm
A
A
A

Pelajar Kolej GENIUS@Pintar Negara (KGPN) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berjaya mengharumkan nama negara di World Scholar’s Cup Global Round 2022 yang berlangsung pada 2 hingga 7 September lalu di Bangkok, Thailand.

Seramai 12 orang pelajar KGPN yang diiringi oleh Pensyarah Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris Pusat GENIUS@Pintar Negara, UKM, Afifah Mohamad Radzi telah berjaya merangkul sebanyak 11 trofi, 73 pingat emas dan 49 pingat perak.

KGPN membawa tiga pasukan senior yang terdiri darpada Nimexsionre Sulani (17), Evelyn Foo (16), Hemmasshini Rajavel (16), Amelia Siow (15), Muhammad Syarif Mohd Syariful Azwan (16), Nurin Sofea Zulkifli (17), Jack Lim (16), Goh Yi Wei (17) dan Nur Sarah Nabihah Rosman (17).

Selain itu, Yi Wei dinobatkan sebagai penerima Asimov Award kerana berjaya memperoleh markah tertinggi dalam acara Scholar’s Challenge.

Pasukan senior ini berjaya menjadi juara dalam acara Scholar’s Bowl dan dinobatkan juara keseluruhan.

Turut menjadi kebanggan negara ialah pasukan junior yang dianggotai oleh Adib Asyraf Abdul Aziz (14), Nas Nadine Nabeeha Nasrudin (14) dan Nur Alya Maisarah Erno Zan (14) apabila berjaya mendapat tempat keenam terbaik keseluruhan.

Kejayaan membanggakan daripada pasukan senior dan junior ini sekali gus melayakkan Afifah dinobatkan sebagai ‘Coach of The Year’ oleh pihak penganjur.

Kejayaan ini telah melayakkan 12 orang pelajar untuk ke peringkat seterusnya bagi mewakili Malaysia dalam Tournament of Champions yang akan berlangsung di Yale University, Amerika Syarikat pada bulan November ini.

Artikel berkaitan

3 pelajar perubatan Malaysia bakal jalani penyelidikan di Harvard

UTHM raih Anugerah Reka Bentuk Terbaik di Robocon Malaysia 2022

Membanggakan! Pelajar Berkeperluan Khas KV Keningau terima Anugerah World Changer


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok