Senarai IPT yang menawarkan pengajian bahasa Arab sebagai bahasa kedua

Iklan
bahasa arab
Sejak kecil kita didedahkan dengan ilmu nahu (tatabahasa) dan sorof (gaya bahasa) bagi memudahkan mengaji al-Quran.Sehingga di peringkat sekolah pun, pengetahuan itu masih lagi berkembang terutama bagi pelajar yang bersekolah dalam aliran agama.Tahukah anda? Pengajian tersebut merupakan cabang bagi mereka yang ingin mempelajari asas dalam bahasa Arab.Tanpa ilmu nahu dan sorof, maka sukar untuk memahami semua makna perkataan serta ayat dalam bahasa Arab.Disebabkan itulah ia perlu diperluaskan lagi hingga di peringkat universiti dan ramai pensyarah bersepakat serta bersetuju untuk menawarkan pengajian linguistik itu kepada mahasiswa.Bagi pelajar yang tidak mempunyai asas dalam bahasa Arab, mereka diberi pilihan untuk memilihnya sebagai kursus bahasa ketiga.Sementara bagi pelajar yang sememangnya berlatarbelakangkan jurusan agama, bidang tersebut adalah bahasa kedua buat mereka.Untuk itu, pada entri kali ini, Sinar Bestari kongsikan senarai institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta merujuk kepada Daftar Kelayakan Malaysia (MQR), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).**ASASI1. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)Asasi Bahasa Arab Untuk Komunikasi2. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)Asasi Bahasa Arab3. Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU)Asasi Bahasa Arab dan Sains IslamDIPLOMA1. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)Diploma Pengajian Islam (Bahasa Arab)2. Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS)Diploma Bahasa Arab Komunikasi3. Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)Diploma Bahasa Arab dengan Pendidikan4. Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)Diploma Bahasa Arab Untuk Kerjaya5. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)Diploma Pengajian Islam (Bahasa Arab dan Kesusasteraan)6. Universiti Melaka (Unimel)Diploma Bahasa Arab Untuk Kerjaya7. Kolej Al-Quran TerengganuDiploma Tahfiz Al-Quran dan Bahasa Arab8. Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)Diploma Bahasa Arab9. Kolej Universiti Islam PerlisDiploma Bahasa ArabIJAZAH1. Universiti Teknologi Mara (UiTM)Sarjana Muda Bahasa Gunaan (Kepujian) Bahasa Arab Komunikasi Profesional2. Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS)Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dengan Kepujian3. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab4. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)Sarjana Muda Bahasa Arab dan Kesusasteraan Islam dengan Kepujian5. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)Sarjana Muda Bahasa Arab dengan Pendidikan6. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)Sarjana Muda Bahasa Arab dengan Keusahawanan (Kepujian)7. Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (Bahasa Arab Pendidikan Rendah)8. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Bahasa Arab Terjemahan) (Kepujian)9. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)Sarjana Muda Pendidikan dalam Pengajaran Bahasa Arab sebagai Bahasa Kedua (Kepujian)10. Universiti Putra Malaysia (UPM)Bacelor Sastera (Bahasa Arab)11. Universiti Terbuka Malaysia (UNITEM)Sarjana Muda Keguruan (Bahasa Arab) Dengan KepujianSARJANA1. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)Ijazah Sarjana (Bahasa Arab Sebagai Bahasa Kedua)2. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)Ijazah Sarjana Bahasa Arab untuk Tujuan Khusus3. Universiti Putra Malaysia (UPM)Master Sastera (Bahasa Arab)4. Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU)Sarjana Bahasa Arab5. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)Sarjana Pendidikan (Bahasa Arab)6. Universiti Malaya (UM)Sarjana Pendidikan Bahasa Arab7. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) (Kampus Gong Badak)Sarjana Pengajian Bahasa ArabDOKTOR FALSAFAH (PhD)1. Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA)Doktor Falsafah (Pengajian Bahasa Arab)2. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)Ijazah Doktor Falsafah Pengajian Bahasa Arab3. Universiti Putra Malaysia (UPM)Doktor Falsafah (Bahasa Arab)4. Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU)Doktor Falsafah (Bahasa Arab)5. Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS)Doktor Falsafah Bahasa ArabArtikel berkaitan Ini senarai 4 menu murah dan berkhasiat buat pelajar IPTIni 13 senarai IPTA/S yang tawar pengajian doktor pergigianSenarai IPTA/IPTS terbaik negara dan jurusan popular masa kini

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan