CANRES Open Day dedahkan kerja penyelidikan preklinikal kanser

Iklan
CANRES4
Bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penyelidikan preklinikal kanser, Laboratori Penyelidikan Kanser UPM-MAKNA atau CANRES, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM) mengadakan CANRES Open Day siri ketiga 2022, baru-baru ini.[caption id="attachment_47567" width="600"] Zunita (baris kedua, tiga dari kiri) dan Sharifah Hishmah (dua dari kiri) bergambar kenangan di CANRES.[/caption]Menurut Pengarah Institut Biosainsnya, Profesor Dr Zunita Zakaria, program berkenaan dianjurkan bertujuan memberi kefahaman kepada pesakit mengenai proses pengenalpastian penawar dalam penyelidikan kanser."Kami berharap program yang dianjurkan ini dapat memberi kefahaman tentang kanser."Pada masa sama dapat melihat sendiri kerja keras para penyelidik dalam mencari penawar bagi penyakit itu."Selain itu, ini adalah satu program komuniti berbentuk lawatan ke makmal penyelidikan CANRES untuk memberi pendedahan mengenai tatacara penyelidikan dan peralatan makmal," ujarnya seperti dipetik laman sosial Facebook universiti itu sempena program CANRES Open Day di UPM, Serdang, Selangor.[caption id="attachment_47564" width="600"] Program berbentuk lawatan ini membantu kefahaman masyarakat mengenai kerja penyelidikan preklinikal kanser. Foto/Facebook UPM.[/caption]Laboratori Penyelidikan CANRES ditubuhkan pada 2005 dengan usahasama antara UPM dan Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dalam usaha menambah baik penyelidikan kanser.Penubuhan CANRES adalah untuk menyelaras, mengintegrasi dan memusatkan penyelidikan kanser di UPM supaya hasil penyelidikan dapat dibangunkan, dikembangkan seterusnya dikomersialkan di bawah satu pengurusan.[caption id="attachment_47566" width="600"] Sharifah Hishmah. Foto/Facebook UPM.[/caption]Penaung Persatuan Sokongan Kanser Negeri Perlis (PERKEN), Datuk Paduka Sharifah Hishmah Shahabudin dalam ucapannya berharap program yang berbentuk lawatan itu dapat memberi kesedaran kepada pesakit untuk mendapatkan rawatan."Saya percaya dengan adanya program sebegini ramai pesakit kanser akan dapat berkongsi maklumat dan pengetahuan."Ini kerana, dengan adanya pengetahuan maka ia akan membawa seribu makna," ujarnya lagi.[caption id="attachment_47570" width="600"] Sesi penerangan dilakukan bagi meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai kerja penyelidikan preklinikal kanser. Foto/Facebook UPM.[/caption]Sementara itu, menurut Norizam Yahya yang juga bekas pesakit kanser selama 14 tahun merakamkan penghargaannya atas inisiatif CANRES yang membawa mereka melihat sendiri proses pengenalpastian penawar dalam penyelidikan kanser."Ini satu pengalaman yang berharga bagi kami dan tidak akan dapat di mana-mana."Peluang yang diberikan ini sangat berharga seperti kami yang hadir pada hari ini," ujarnya yang juga Yang dipertua PERKEN.Artikel berkaitanPenyelidik UPM guna teknologi retort bagi inovasi sos labuAmeera cemerlang di The University of Edinburgh, raih ijazah kelas pertama dan pingat pencapaian22 penyelidik UMP tersenarai 2 peratus Saintis Terbaik Dunia

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok