30 pelajar tahfiz ikuti program Latih Usahawan Bakeri

Iklan
Norizam (lima dari kanan) bergambar bersama pelajar tahfiz usai penyampaian sijil penyertaan kepada semua peserta
Seramai 30 pelajar yang terdiri daripada pelajar institusi tahfiz, sekolah pondok dan techno-huffaz (gabungan pelajar kemahiran dan huffaz) sekitar Melaka mengikuti program Latih Usahawan Bakeri di Politeknik Merlimau (PMM) Melaka, baru-baru ini.Program tiga hari anjuran Unit Latihan & Pendidikan Lanjutan (ULPL), PMM itu menyediakan pelbagai pengisian bagi memberi kemahiran tambahan kepada peserta.Antaranya kursus pengendalian makanan halal, kursus pemasaran dan kursus bakeri.Menurut Pengarahnya, Norizam Sekak, program Latih Usahawan Bakeri itu memberi banyak manfaat kepada para pelajar."Ia bukan sahaja bermanfaat terhadap pembangunan diri para pelajar tahfiz tetapi turut memperkasa komuniti dalam bidang kemahiran bakeri," ujarnya ketika merasmikan majlis penutupan program Latih Usahawan Bakeri berkenaan di PMM, baru-baru ini.Turut hadir, Timbalan Pengarah (Akademik), Mohamad Kelana Juwit; Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) Mohd Hoirie Abdul Manah dan Ketua Jabatan Pelancongan & Hospitaliti (JPH), Zaharizuan Azhar.Sementara itu, Ketua ULPL, Suhana Sabran berkata, beberapa tenaga pengajar dari PMM dipilih untuk berkongsi ilmu kepada peserta program tersebut.Mereka terdiri daripada pensyarah JPH yang bertanggungjawab mengajar teknik pembuatan pelbagai jenis roti dan kursus pengendalian makanan halal.Artikel berkaitan Peluang graduan politeknik ceburi kerjaya Tentera DaratTuah Haziq, pelajar 12 tahun teruja dapat temu bual Perdana MenteriPenyelidik Biosains cadang tepung ubi gadong jadi alternatif ketika krisis tepung gandum

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok