Cikgu Aimi kongsi 4 langkah mudah menjadikan pembelajaran Komsas lebih menarik

Iklan
Cikgu Aimi kongsi 4 langkah mudah menjadikan pembelajaran Komsas lebih menarik
Pembelajaran Komponen Sastera (Komsas) di peringkat sekolah menengah merupakan subjek yang wajib dipelajari semua pelajar lantaran ia disepadukan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.Komsas merujuk kepada komponen sastera yang berasal daripada perihal pembikinan cerita atau naratif yang merangkumi tema dan persoalan; watak dan perwatakan; plot; latar; sudut pandangan; gaya bahasa dan sebagainya.Menurut guru tuisyen, Cikgu Aimi Fazlah Mohamed Ramli, istilah ‘sastera’ dalam Komsas membuatkan ramai pelajar berasa gerun untuk mengikuti subjek tersebut.Mereka beranggapan sastera adalah suatu bidang yang menyajikan karya yang berat untuk dihadam."Sastera sering dikaitkan dengan penggunaan bahasa yang tinggi selain memiliki lenggok bahasa yang berbunga-bunga."Namun hakikatnya, sastera merupakan mata pelajaran yang menarik dan seronok untuk diterokai jika kena dengan caranya," ujar Cikgu Aimi kepada Sinar Bestari.Jelas beliau, subjek Komsas ada keistimewaan yang tersendiri dan kerana itu, beliau bersedia untuk berkongsi langkah-langkah yang boleh digunakan para guru dalam menjadikan Komsas di sekolah lebih menarik.Jom ikuti empat langkah mudah yang disediakan Cikgu Aimi sebagai panduan kita bersama.1) Perbincangan di dalam kelasPelajar gemarkan sesuatu yang lebih ringkas tetapi padat. Teks yang terlalu panjang atau meleret-leret membuatkan mereka mudah berasa jemu. Justeru, perbincangan di dalam kelas dapat mengelakkan mereka daripada berasa bosan kerana perlu membaca teks yang panjang.2) Libatkan pelajar dalam pembelajaranSesuatu perkara yang dipelajari akan mudah dirakam oleh otak jika perkara tersebut dilakukan secara praktikal. Oleh itu, pembelajaran puisi akan lebih dihayati jika mereka diberikan peluang untuk mendeklamasikan sajak, melagukan syair dan membaca pantun.3) Grafik yang menarikSalah satu punca pelajar kurang menggemari Komsas terutamanya prosa tradisional, cerpen dan novel kerana kurangnya grafik dan gambar. Oleh yang demikian, pembelajaran Komsas akan menjadi lebih menarik jika disertakan dengan grafik dan gambar yang menarik sekali gus dapat membantu pemahaman dan mengasah daya ingatan pelajar.4) Belajar secara didik hiburSelain pembelajaran formal di dalam kelas, kaedah lakonan atau pementasan boleh digunakan untuk mempersembahkan prosa tradisional, cerpen dan novel. Penglibatan pelajar dalam ‘dunia fiksyen’ tersebut secara tidak langsung membuatkan mereka mengingati jalan cerita yang dilakonkan atau ditonton. Cara ini akan menjadikan para pelajar lebih seronok untuk mempelajari karya sastera berkenaan.Artikel berkaitanKarya asli 3 pelajar Sabah diterbitkan di majalah sastera terkemuka United Kingdom. Kagum!Ikon tersohor, Dr Maskiah curah ilmu Kesusasteraan Melayu kepada 70 pelajar SMK JugraRahman Shaari idola guru, pelajar dalam dunia kesusasteraan Melayu

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok