Graduan OKU mahu ubah nasib keluarga, tekad jadi penterjemah bahasa Arab

Iklan
OKU-UNISZA-SINARBESTARI-02112022

Berdepan masalah saraf sejak berumur 11 tahun tidak menghalang Nurmelissa Mohd Yadi untuk menggapai impian sebagai penterjemah bahasa Arab.

Iklan
Iklan

Graduan orang kurang upaya (OKU) itu membuktikan dengan menamatkan pengajian dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Iklan

Mula berkerusi roda ketika usia mencecah 13 tahun, Nurmelissa merupakan antara 2,314 graduan di Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA ke-14, Kuala Nerus, Terengganu.

Iklan

Meskipun terdapat kekurangan, dia bertekad mengubah nasib keluarga dengan mencabar diri menjadi individu yang berjaya.

"Ingin membalas jasa ayah dan ibu yang membesarkan saya sejak kecil dan mahu melihat saya berjaya seperti orang lain”

"Ia merupakan pemangkin semangat kepada saya untuk berusaha keras mengubah nasib keluarga dan menjadi orang berjaya,” katanya.

Pada mulanya, Nurmelissa, 24, tidak memiliki keyakinan yang tinggi terhadap diri sendiri untuk menyambung pengajian sehingga peringkat tertinggi.

Begitupun, kekurangan yang dihadapi itu tidak pernah dijadikan halangan untuk mencapai cita-cita sebagai seorang penterjemah.

Anak kedua dari enam beradik itu kini mengikuti kursus penterjamahan di Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) secara dalam talian.

Artikel berkaitan

Status OKU penglihatan bukan penghalang buat Cikgu Iran Shah cipta inovasi lancarkan PdP

"Mereka tak mahu ambil saya bekerja kerana diri tidak sempurna” – Luahan hati graduan OKU buat ramai sebak

Tahniah Profesor Ts Dr Zaidi! Tersenarai antara 30 OKU berjaya terbitan ISM


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok