Justin penyelidik pertama Malaysia jalankan kajian di Antartika, bakal berada di sana selama 5 bulan

Iklan
Justin penyelidik pertama Malaysia jalankan kajian di Antartika, bakal berada di sana selama 5 bulan
Pensyarah, Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Madya Dr Justin Sentian menjadi penyelidik pertama Malaysia yang akan menjalankan kajian di Antartika ketika musim sejuk bermula April 2023.Beliau menerima One-off Overwinter Research Grant 2022 bernilai RM149,360 sempena sambutan ulang tahun ke-10 Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM), baru-baru ini.Menurut kenyataan YPASM, Justin akan mengadakan kajian untuk terus memahami proses perubahan iklim bertajuk ‘Tropospheric Ozone and Halocarbons Variations in the Antarctic Peninsula Under Extreme Weather Conditions’ dan penyelidikan tersebut akan diadakan dengan kerjasama organisasi Instituto Antartico Chileno dan negara Chile."Justin akan menjadi rakyat Malaysia pertama berkunjung dan tinggal di Antartika selama lima bulan bermula April tahun depan."YPASM berhasrat untuk merekodkan kejayaan ini dalam ‘Malaysia World Book Of Record’ setelah beliau pulang kelak," kata kenyataan itu lagi yang dimuat naik melalui Facebook rasmi YPASM.Hantaran tersebut turut memuat naik bersama foto penyerahan baju overwinter yang disampaikan Menteri Besar Terengganu merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YPASM, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kepada Justin pada Majlis Makan Malam Sempena Ulang Tahun Kesepuluh Penubuhan YPASM di Kuala Lumpur, 18 Oktober lalu.INFO