Sering tertekan? Berikut 12 tip elak tekanan dalam kalangan Guru Perpustakaan dan Media

Iklan
Sering tertekan? Berikut 12 tip elak tekanan dalam kalangan Guru Perpustakaan dan Media
Setiap manusia pasti berhadapan pelbagai tekanan dalam kehidupan. Begitu juga dengan profesion keguruan.Tekanan dengan pelbagai tanggungjawab yang lebih mencabar dan semakin kompleks mengakibatkan warga pendidik sering kali mengalami stres.Menurut Guru Cemerlang Perpustakaan dan Media, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, Dr Zuridah Hanim Md Akhir, ada beberapa tip yang boleh cikgu-cikgu terutamanya Guru Perpustakaan dan Media (GPM) amalkan bagi mengelakkan tekanan."Antaranya adalah menyeimbangkan antara kerja dan kehidupan harian sepanjang berada di sekolah," katanya ketika dihubungi Sinar Bestari.[caption id="attachment_48176" width="400"] Cikgu Zuridah Hanim.[/caption]Cikgu Zuridah Hanim berkata, sebanyak 12 perkara yang ingin beliau kongsikan sebagai panduan kepada semua GPM bagi mengelakkan tekanan.Berikut adalah 12 tip yang dimaksudkan oleh beliau. Jom tengok.1) Sediakan buku catatan kecil yang boleh dibawa ke mana sahaja untuk mencatat pelbagai perkara mengenai Pusat Sumber Sekolah (PSS).2) Buat senarai tugasan. Letak ‘deadline’.3) Fokus satu tugas utama dan yang paling penting. Kemudian, tetapkan tempoh untuk menyiapkannya.4) Seimbangkan jadual harian dan tetapkan masa untuk bekerja, bermesyuarat, keluarga, cari ilmu, beriadah dan rehat.5) Biasakan diri bekerja di mana sahaja. Guna masa menunggu dan terluang sebaik mungkin.6) Tulis matlamat dan sasaran. Tampal di tempat yang boleh dilihat sebagai motivasi dan momentum kerja.7) Senaraikan fail dan tampal untuk memudahkan semakan kerja.8) Hadkan tempoh mesyuarat. Sediakan senarai dan agihan tugas lengkap sebelum mesyuarat.9) Sentiasa semak buku panduan PSS abad ke-21 dan instrument PSS cemerlang.10) Hadkan masa untuk menyelesaikan setiap satu tugasan.11) Susun ‘folder’ kerja dalam komputer mengikut aktiviti dan perkara. Asingkan mengikut tahun. Elakkan fail bertaburan pada desktop.12) Jangan bekerja sendirian. Bina pasukan kerja biarpun dengan Pengawas PSS.Dalam pada itu, Cikgu Zuridah Hanim berkata, tekanan atau stres, mampu dikawal dengan baik sekiranya GPM menemui tip dan teknik yang bersesuaian."Apa sahaja bidang yang kita ceburi, pastinya akan berhadapan dengan tekanan."Yang penting, kita kena bijak kawal emosi dan urus tekanan sebaik mungkin bagi mengelakkan berlakunya perkara buruk," katanya yang mengakui perjalanan sebagai GPM merupakan satu pengalaman yang cukup indah dalam kerjayanya.INFOCikgu Zuridah Hanim merupakan Ikon GPM Kebangsaan pada tahun 2020.Beliau sentiasa meraih pelbagai anugerah sepanjang bergelar pendidik. Antaranya adalah1) Johan PSS Kebangsaan 20092) Anugerah Kualiti 20093) Guru Ikon GPM Negeri Kedah 20194) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2003, 2010, 2019.5) Guru Ikon Akademik 20136) Anugerah Pengurusan Nilam 20137) GPM Paling Kreatif Kebangsaan 2019 (Undian IFLA Johor 2.0)8) Anugerah Penggalak Budaya Membaca Kebangsaan 2019Artikel berkaitan Cara Cikgu Nor Amin tangani stres, sangat berbaloi jika guru-guru dapat tiru apa yang beliau buat!Kerap di hadapan komputer, 8 tip ini boleh bantu guru dan pelajar jaga kesihatan mataSaiful Apek kongsi pengalaman hidup bersama 200 pelajar SMK Mambau

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok