Variasiswa USM 2022 lebih meriah selepas dua tahun Covid-19

Iklan
Untitled design (1)
Selepas dua tahun berdepan dengan pandemik Covid-19 yang menyekat segala aktiviti fizikal, Variasiswa 2022 Universiti Sains Malaysia (USM) tampil lebih meriah dengan persembahan daripada pelajar-pelajar Tahun Satu.Variasiswa yang merupakan pertandingan melibatkan persembahan nyanyian, lakonan dan sajak dalam kalangan pelajar Tahun Satu, mewakili setiap lapan desasiswa penginapan USM dari tiga kampus iaitu kampus induk, kampus kejuruteraan dan kampus kesihatan.Antara desasiswa penginapan yang menyertai pertandingan tersebut adalah Desasiswa Tekun, Desasiswa Restu, Desasiswa Indah Kembara, Desasiswa Saujana, Desasiswa Aman Damai dan Desasiswa Cahaya Gemilang Harapan dari kampus induk.Manakala, Desasiswa Jaya Lembaran dari kampus kejuruteraan dan Desasiswa Murni Nurani dari kampus kesihatan.Dengan bertemakan ‘Back To Campus’, persembahan para pelajar ini perlu mempunyai unsur budaya dan norma baharu dalam kehidupan seharian di kampus selepas negara mengalami pandemik Covid-19.Menurut Pengarah Projeknya, Muhammad Zikri Rosle, menerusi pertandingan ini, ia dapat memperlihatkan semangat pelajar baru dalam menonjolkan bakat dan menjadi pelapis untuk universiti."Dari pihak saya sendiri, segala persiapan bersama USM di bawah Pusat Pembangunan Bakat telah dilakukan agar segala-galanya berjalan dengan lancar dan pencarian bakat baru dapat dilaksanakan. Jelasnya lagi, selain menonjolkan bakat-bakat baru, pelajar Tahun Satu juga boleh membina hubungan dengan warga kampus.[caption id="attachment_48216" width="601"] Desasiswa penginapan Tekun juara bagi Variasiswa 2022.[/caption]Dalam pada itu, desasiswa penginapan Tekun telah menjuarai pertandingan tersebut  selepas lima tahun gelaran itu disandang desasiswa penginapan lain.Artikel berkaitan:8 tarian tradisional di Malaysia yang perlu pelajar ketahuiUSM prihatin, sediakan bantuan khas kepada pelajarRentak Budaya gabung muzik tradisional dan moden

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok