Selepas terima dua anugerah terbaik universiti, Mek Yun kini ‘wajah’ UTHM

Iklan
mekyun-uthm-anugerah

Wee Yun Nee atau lebih mesra dengan panggilan Mek Yun merupakan seorang pempengaruh yang terkenal dalam kalangan pengguna laman media sosial dengan bilangan pengikut yang ramai.

Iklan
Iklan

Mek Yun mula mencipta nama apabila gelagatnya yang fasih berdialek negeri Kelantan meskipun berbangsa cina mendapat perhatian warganet yang rata-rata kagum dengan kebolehan yang dimilikinya itu.

Iklan

Setakat ini, gadis cantik berusia 25 tahun ini telah berjaya mengumpul lebih 630,000 pengikut di laman TikTok manakala di Instagram pula sebanyak 227,000.

Iklan

Di sebalik keunikan yang ada pada dirinya, Mek Yun turut menjadi perhatian pengguna laman media sosial apabila berjaya menerima Anugerah Naib Canselor dan Anugerah Projek Sarjana Muda Terbaik bagi Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektrik, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada Mei lalu.

[caption id="attachment_48260" width="600"] Dua anugerah yang berjaya diraih oleh Mek Yun. Kredit foto: Instagram Mekyun[/caption]

Kini, bekas pelajar jurusan Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik itu sedang bertugas sebagai Eksekutif Growth & Culture di syarikat penerbangan AirAsia.

[caption id="attachment_48257" width="400"] Mek Yun merakamkan kenangan semasa hari pertama bertugas di AirAsia. Kredit foto: Instagram Mekyun[/caption]

Baru-baru ini, dia sekali lagi mencipta sejarah tersendiri apabila dipilih sebagai ‘wajah’ UTHM.

Dengan hasil pencapaian akademik yang cemerlang, wajah Mekyun kini menghiasi papan iklan gergasi UTHM yang terletak di bahagian pintu masuk universiti tersebut.

Mek Yun meluahkan keterujaannya itu menerusi satu hantaran di laman Instagram dengan memuat naik gambar dirinya bersama ahli keluarga di hadapan papan iklan tersebut.

[caption id="attachment_48256" width="602"] Mek Yun bersama ahli keluarga bergambar di hadapan papan iklan yang dihiasi dengan wajah Mek Yun. Kredit foto: Instagram Mekyun[/caption]

Menurutnya, kejayaan ini merupakan salah satu peristiwa penting dalam kehidupannya.

"Saya amat berbangga dan terharu kerana diberi peluang untuk ditampilkan di papan iklan universiti sendiri. Terima kasih UTHM,” katanya dalam satu hantaran di laman Instagram.

Jelasnya, sehingga hari ini, dia masih tidak percaya dengan pencapaian yang membanggakan itu kerana tidak semua orang mendapat peluang sedemikian.

Mek Yun turut memberikan penghargaan buat ahli keluarga, kawan-kawan serta semua pengikutnya yang telah banyak menyokong dan memberi semangat untuk terus menimba ilmu.

Artikel berkaitan

Mek Yun 'Mek Kelate' raih 2 anugerah terbaik universiti! Ini rahsia yang dikongsi beliau

‘Yah Kuchai’ Kampung Pisang kini lulusan Diploma Bahasa Inggeris UPSI, berhasrat jadi pendidik

Tamat pengajian sarjana dalam bidang TESL, Najwa Latif teruja mahu bergelar Doktor


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok