Penerima Anugerah Pelajaran Diraja kongsi tip raih keputusan cemerlang setiap semester

Iklan
Untitled design (11)
Berjaya memperoleh Anugerah Dekan lapan semester berturut-turut membolehkan William Mah Wey Lian, 24, menerima Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) pada Majlis Konvokesyen, Universiti Malaysia Pahang (UMP) Ke-17 baru-baru ini.Dengan Purata Nilaian Gred Keseluruhan (PNGK) 3.95, anak kelahiran Kuala Lumpur ini turut berjaya meraih Ijazah Kelas Pertama dalam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia.Bagi William, dia percaya usaha dan kerja keras bagi mencapai kecemerlangan akan sentiasa membuahkan hasil yang membanggakan.[caption id="attachment_48424" width="600"] William Mah Wey Lian (berjubah biru) bergambar kenangan bersama ahli keluarga.[/caption]Menurutnya, segala penat lelah akan hilang sekelip mata apabila melihat keputusan cemerlang berada dalam genggaman."Setiap pelajar ada cara tersendiri dalam usaha mencapai kecemerlangan."Saya juga tidaklah selalu menghabiskan masa dengan tugasan yang diberikan pensyarah, ada masanya saya akan bahagikan masa dengan aktivtiti lain, antaranya sukan," katanya ketika dihubungi wartawan Sinar Bestari.Selain cemerlang dalam bidang akademik, Willian juga merupakan seorang mahasiswa yang aktif dalam kokurikulum, antaranya sukan memanah dan pernah memenangi pertandingan memanah yang telah dianjurkan oleh UMP.Tambahnya lagi, terdapat beberapa tip yang ingin dikongsikan kepada pelajar lain agar ia dapat membantu dan dijadikan contoh dalam usaha memperoleh keputusan yang lebih cemerlang dalam pelajaran masing-masing.Jom sama-sama kita lihat tip yang dikongsikan penerima Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) ini.1) Konsisten dalam pelajaranPelajar universiti terutamanya perlu sentiasa mengingatkan diri untuk berada di landasan yang betul. Namun begitu, ia tidak bermaksud mereka langsung tidak boleh berhibur akan tetapi ada batasnya.2) Penjagaan pemakananPemakanan juga amat penting untuk dijaga bagi mereka yang sedang menuntut ilmu. Ini kerana makanan yang tidak baik bukan sahaja menjejaskan kesihatan malahan turut mengganggu ingatan pelajar. Pelajar perlu kurangkan makan makanan segera dan perlu lebihkan buah-buahan memandangkan ia juga membantu proses penghadaman.3) Aktif bersukanCari minat dalam apa juga jenis sukan. Sukan bukan sahaja membantu menyihatkan tubuh badan, ia juga dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi ketika belajar.4) Sentiasa hubungi ibu bapaHal ini sering dianggap remah oleh para pelajar. Sedangkan keberkatan dari ibu bapa akan membantu mempermudahkan segala urusan dalam mencapai kejayaan. Hanya dengan satu panggilan juga dapat membantu mengurangkan tekanan dalam pelajaran dengan meluahkan segala isi hati kepada ibu bapa kita.5) Penjagaan kesihatan mentalSelain kesihatan fizikal, kesihatan mental juga penting dan perlu dijaga dengan lebih teliti. Oleh itu, diingatkan kepada pelajar untuk sentiasa mencari dan meminta pertolongan sekiranya berdepan dengan masalah yang melibatkan kesihatan mental ini dengan segera.Artikel berkaitanGagal meneruskan pengajian ke luar negara, penerima Anugerah Pelajaran Diraja UMP kini berkhidmat di JermanAnak pesara raih Anugerah Pelajaran Diraja, kini diserap bekerja sebagai jurutera22 penyelidik UMP tersenarai 2 peratus Saintis Terbaik Dunia

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok