ganis ting hua
ganis ting hua

Anak pesara raih Anugerah Pelajaran Diraja, kini diserap bekerja sebagai jurutera

Rasyidah Zulkifi
10 Aug 2022 12:32pm
A
A
A

Anak pesara, Ee Hui En, 25, dipilih sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) pada Majlis Konvokesyen Ke-16 Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Pengiktirafan tersebut disampaikan oleh Pro-Canselornya, Tan Sri Dr Abi Musa Asa’ari Mohamed Nor di UMP Kampus Gambang, Pahang, baru-baru ini.

Selain cemerlang dalam akademik, Hui En turut aktif dalam aktiviti kokurikulum dan ini dapat dibuktikan apabila dia mendapat anugerah dekan setiap semester, pada masa sama juga diberi kepercayaan memegang beberapa jawatan penting dalam pelbagai kelab, persatuan dan program.

Hui En merupakan Bendahari Kehormat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP UMP) Sesi 2019/2020 dan Exco Akademik Perwakilan Mahasiswa Residen Kediaman 3 (PEKA-3) Sesi 2017/2018.

Dia juga pernah dilantik sebagai presiden program Jelajah Desa@Pos Menson dan naib presiden program ASEAN Mobility UMP Scholar@Thailand 2019.

Dia turut dilantik sebagai naib presiden bagi program UMP Dihatiku!, setiausaha bagi program Value Innovation ASEAN 4.0 Thailand-Malaysia dan juga presiden bagi program Oh Englishku!.

Pembabitan aktif Hui En dalam pelbagai program ini ternyata telah membantu mengasah bakat kepimpinan yang sememangnya sudah tersemat dalam diri.

“Saya dapat tingkatkan kemahiran berkomunikasi, sikap bekerjasama dan mencorakkan keperibadian diri untuk menjadi seorang yang lebih berani, matang serta berkeyakinan tinggi.

“Di samping itu, latihan praktikal yang saya jalani selama enam bulan di Moreth Sdn. Bhd. telah menarik minat saya untuk meneruskan profesion dalam bidang teknologi kejuruteraan (farmaseutikal).

“Kini, saya bekerja sebagai jurutera produk baharu di syarikat yang sama dan pada bulan ketiga berkhidmat bakal ditawarkan jawatan tetap,” katanya.

Artikel berkaitan 

Graduan UiTM terima Anugerah Khas, keluarga dan pensyarah pembakar semangat

PKB menang Anugerah Koperasi IPT Terbaik

Tak sangka rangkul Anugerah Pelajaran Diraja, Wee Tyg dedikasi kejayaan kepada keluarga


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan