Inovasi sisa buangan kulit telur raih pingat emas tertinggi PECIPTA 2022

Iklan
UNIMAP-KULITTELUR-SINARBESTARI-2022
Sekumpulan penyelidik dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berjaya menghasilkan bahan penyerap (sorben) yang diperbuat daripada sisa buangan kulit telur.Inovasi dikenali sebagai Carbon Capture by Eggshell Waste tersebut pingat emas tertinggi keseluruhan Pameran Penyelidikan Dan Inovasi International Conference And Exposition On Inventions By Institutions Of Higher Learning (PECIPTA 2022) yang diadakan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) awal bulan lalu.Produk berkenaan dibangunkan Profesor Madya Dr Midhat Nabil Ahmad Salimi, Profesor Madya Dr Subash C. B. Gopinath, Profesor Madya Ts Dr Azlin Fazlina Osman, Profesor Madya Ts Dr Noorhafiza Muhammad, Profesor Madya Dr Norsuria Mahmed dan Ts Dr Wan Azani Wan Mustafa.Dr Midhat Nabil berkata, pada kebiasaannya, kulit telur dianggap sebagai sisa buangan dan tiada nilai.Bagaimanapun, beliau menjelaskan, ia boleh digunakan sebagai bahan penyerap (sorben) yang dapat memerangkap gas karbon dioksida yang terbebas daripada sesuatu punca pelepasannya."Sorben mudah diolah daripada sisa buangan kulit telur dan amat berkesan untuk memerangkap gas karbon dioksida malah tidak menelan kos tinggi dalam penghasilannya."Inovasi ini memberi impak yang cukup besar dari segi pengurangan kesan pemanasan global dalam tempoh jangka masa panjang," katanya.Beliau menambah, produk berkenaan juga dapat mengurangkan jumlah sisa buangan kulit telur di tapak-tapak pelupusan sampah.PECIPTA merupakan program anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang diadakan dua tahun sekali bertujuan mempamerkan produk dan perkhidmatan inovatif dari institusi pengajian tinggi (IPT).Sementara itu, Naib Canselor UniMAP, Profesor Ts Dr Zaliman Sauli berkata UniMAP telah menghantar 18 projek inovasi ke pameran berkenaan yang diadakan selama dua hari bermula 2 hingga 3 November lalu.Katanya, kesemua projek berjaya meraih 100 peratus pingat iaitu 13 pingat emas, tiga pingat perak dan dua gangsa malah pingat emas tertinggi berjaya diraih para penyelidik UniMAP."Kecemerlangan penyelidik-penyelidik UniMAP membuktikan komitmen yang jitu dan kebersamaan sekali gus meningkatkan prestasi UniMAP dalam penyelidikan," katanya.Senarai inovasi UniMAP raih emas di PENCIPTA 2022